Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penggantungan sementara semua kemudahan imigresen di seluruh negara bagi warganegara China yang berasal dari wilayah Hubei.

Selepas ditekan oleh rakyat Malaysia, akhirnya kerajaan Malaysia dengan hati terbuka menerima cadangan untuk menghalang kemasukan warganegara China ke Malaysia bagi satu tempoh yang belum ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam, dilaporkan bahawa Pejabat Perdana Menteri mengambil keputusan itu bagi menghentikan penyebaran coronavirus yang berasal dari bandar Wuhan di wilayah Hubei, China.

“Keputusan ini diambil dengan mengambil kira perkembangan jangkitan 2019-nCoV di China, terutama di wilayah Hubei.

“Kerajaan Malaysia telah mengikuti prosedur Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat pakar untuk menghadapi dan menangani penyebaran virus ini. Pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa, dan semua pihak berkuasa melakukan yang terbaik untuk mencegah penyebaran virus ini.”

Ini bermakna bahawa eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa On Arrival (VOA), e-visa dan visa manual telah digantung perkhidmatannya bagi warganegara China.

The Star juga melaporkan bahawa kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan kerajaan China untuk menyelaraskan perkara ini.

Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah berkongsi pengumuman di laman Facebook dan menggalakkan orang ramai tidak menyebarkan khabar angin sekaligus mencetuskan panik berkenaan virus ini.

Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai coronavirus yang melanda Wuhan, boleh klik pautan di bawah.

Saintis Pernah Beri Amaran Pada China Sejak 2017 Lagi Bahawa Sesuatu Yang Buruk Akan Berlaku

Mahu Elak Coronavirus Merebak, China Masukkan Pesakit Dalam ‘Keranda Plastik’

Elak Penyebaran Wabak Coronavirus, Masjid Putra Ditutup Buat Pengunjung Bukan Islam

Sumber