Setiap orang memiliki minat yang berbeza terutama sekali untuk membela haiwan peliharaan. Kebiasaanya, kucing dan anjing menjadi antara haiwan pilihan ramai untuk dibela.

Terbaharu, pengguna TikTok @ainaathirah028 telah memuat naik sebuah video memaparkan haiwan peliharaan keluarganya iaitu ular sawa. Saiz ular sawa tersebut yang besar mengundang perhatian ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@ainaathirah028

Reply to @syaznakfypjugkk sebelum kejadian tarik menarik 🤣

♬ original sound – Aina Athirah – Kakak miko

@ainaathirah028

Reply to @faiztukirin silakan ambik bang kalau larat nak angkat 🤣

♬ Dalamo Dalamo – DJ Opus

Menurut pemilik video tersebut, ular sawa yang dipanggil ‘Miko’ itu belum pernah menyerang manusia. Malah, ular sawa tersebut turut diletakkan di tempat khas dan hanya dibiarkan dalam rumah ketika dibersihkan.

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan saiz ular sawa itu. Malah, ada juga netizen zahirkan kebimbangan ular itu akan ‘makan’ tuannya satu hari kelak.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen berpendapat bahawa ular sepatutnya tidak dijadikan haiwan peliharaan dan meminta agar keluarga tersebut membuang ular itu.

Segelintir netizen turut mengatakan bahawa dari segi perspektif Islam, ular tidak dibenarkan untuk dibela dan di letak dalam rumah. Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih lebih sejuta tontonan dan mendapat lebih 30 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Dah Tahu Ke?’- Gadis Ini Kongsi Situasi Seram Berdepan Entiti Menyerupai Ibunya Buat Netizen Meremang

‘Fitness Gone Wrong’- Keadaan Gadis Ini Selepas Aktiviti Berbasikal Raih Perhatian Natizen

Dakwa Sekadar ‘Lakonan’, Tindakan Lelaki Ini Sorok Lauk Bawah Nasi Undang Kecaman Netizen