Anjing dan kucing dilaporkan mati kerana dicampak keluar oleh penduduk di wilayah Hebei kerana bimbang dijangkiti wabak koronavirus, lapor media tempatan.

Tindakan mencampak keluar haiwan peliharaan mereka disedari pihak penguasa apabila menjumpai beberapa ekor kucing dan anjing mati di beberapa unit pangsapuri.

Media tempatan melaporkan bahawa mereka pernah menjumpai beberapa bangkai haiwan peliharaan di sekitar pangsapuri di Heyuan Guohe Garden di bandar Tianjin, lebih tragik lagi apabila haiwan ini mati di atas kereta.

Kejadian di Shanghai pula merekodkan lima ekor kucing peliharaan mati dibunuh dengan cara yang sama kerana ketakutan pemiliknya dengan wabak koronavirus.

Punca pembunuhan binatang peliharaan adalah disebabkan kenyataan seorang pakar, Dr Li Lanjuan bahawa jika haiwan terbabit mempunyai hubungan secara terus dengan suspek, haiwan itu perlu dikuarantin.

Selepas itu media tempatan turut mengeluarkan satu laporan yang mencetuskan situasi panik di China dengan menyebut ‘anjing dan kucing mampu untuk menyebarkan koronavirus’.

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa bahawa tiada  bukti virus itu berpunca daripada kucing atau anjing.

Salah satu kejiranan di Wuhan, telah mengharamkan haiwan peliharaan keluar dari rumah. Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa mereka tidak takut untuk menangkap dan membunuh haiwan terbabit.

Manakala di Wilayah Liaoning, Bandar Anshan, arahan telah dikeluarkan agar semua pasar untuk menghentikan aktiviti perniagaan dan polis turut menegaskan penduduk agar tidak membawa anjing peliharaan mereka keluar.

Mereka juga mengharamkan penduduk tempatan melepaskan merpati peliharaan dan memusnahkan merpati liar kerana khuatir dengan wabak koronavirus.

Dr Peter J. Li, China Policy Specialist of Humane Society International, berkata organisasi itu telah melihat memo yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan tidak bersetuju dengan tindakan terbabit.

“Ini bukan pendekatan yang tepat untuk pihak berkuasa tempatan di China untuk menangani krisis nasional yang boleh dikesan untuk perdagangan hidupan liar di luar China,” kata Dr Li kepada MailOnline.

“Haiwan peliharaan tidak menyumbang kepada wabak SARS pada tahun 2002-2003. Mereka tidak ada kaitan dengan epidemik Wuhan,” katanya.

Setakat hari ini, koronavirus telah membunuh 300 orang di Wuhan, sebuah rumah pada 11 juta penduduk dan antara kota yang memberi keuntungan kepada

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai coronavirus, sila klik pautan di bawah.

Lukisan Kartun ‘Bendera Coronavirus’ Cetuskan Kemarahan China

Coronavirus Sukar Dikawal, WHO Keluarkan Amaran Kecemasan Peringkat Antarabangsa

Sumber