Melalui satu sahaja jalan berbonggol sudah membuatkan kita berasa kurang selesa. Apatah lagi melalui 11 bonggol dalam satu jalan yang sama atau lebih tepat lagi dalam jarak 40 meter.

Ya, 11 bonggol dalam jarak 40 meter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pembinaan 11 bonggol dalam satu jalan di kawasan kampung yang terletak di Besut, Terengganu menjadi perhatian apabila salah seorang penduduk membuat aduan mengenai perkara tersebut di media sosial.

136681212_3579299018784129_1264555974074346484_n
Gambar bonggol-bonggol berkenaan yang tular di Facebook sebelum ini.

Menurut perkongsian asal, pembinaan bonggol tersebut dilakukan oleh salah seorang penduduk kampung untuk menghalang kereta daripada memandu dengan laju di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari dan aduan serta kekecohan yang timbul, individu dipercayai bertanggungjawab tampil memohon maaf di atas tindakannya itu.

Menurut Harian Metro, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Nor Muhamad Roslam Harun berbuat demikian selepas dinasihatkan pihak polis pada semalam.

“Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

“Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ,” katanya kepada Bernama seperti dipetik Harian Metro.

Susulan daripada teguran itu, beliau juga mengakui kesilapannya dan menjeaskan bonggol berkenaan hanya dibina kerana beliau terganggu dengan bunyi kenderaan melalui jalan berkenaan yang berada berhampiran dengan bilik tidurnya.

Mengakui tertekan dengan masalah tersebut, beliau kemudiannya membina bonggol yang pada asalnya hanya dirancang sebagai bonggol landai sahaja sebelum ia bertukar menjadi tinggi kerana faktor tar yang mengeras.

Baca juga perkongsian semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Cap Dagangan Harimau Menangis Belum Jadi Hak Eksklusif, Ibu Neelofa Diminta Tidak Dahului MyIPO

‘Tweet’ Silam Kembali Tular, MCMC Padam Akaun Rasmi Di Twitter

Curi Duit Bernilai RM53 Juta Dan Padam Rakaman CCTV, Wanita Warga Malaysia Diburu Polis Korea Selatan

Sumber