Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Tinggal di kawasan perumahan atas tanah memang memberikan banyak ‘kelebihan’ kepada penduduknya. Bagaimanapun ada segelintir pihak menyalahgunakan ‘kelebihan’ itu untuk kepentingan peribadi.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menemui sebuah bangsal yang dibina di tengah-tengah jalan kawasan perumahan bagi tujuan parkir di Seri Mahkota.

Bangsal yang boleh memuatkan sebuah kenderaan itu beratapkan zink dan mempunyai roda pada tiang, dipercayai membolehkan bangsal tersebut dipindahkan ke tempat lain.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

Di sekeliling binaan yang tidak sah itu turut mempunyai beberapa kon dan kotak-kotak buruk dipercayai sebagai ‘tanda’ orang lain tidak boleh parkir di hadapan atau belakang van terbabit.

Perkongsian hantaran Facebook itu mengundang pelbagai persepsi netizen. Ramai yang meminta MBK untuk terus merobohkan bangsal parkir itu kerana terang-terang melakukan kesalahan.

Bagaimanapun ada yang mendakwa bangsal itu sudah ada lama di situ. Hanya bahagian kanan jalan tersebut baru saja ditambah.

Sumber Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan
Sumber Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan
Sumber Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan

Dalam pada itu orang ramai turut meminta MBK untuk selalu membuat rondaan di kawasan-kawasan perumahan lain kerana didapati banyak kesalahan yang dilakukan oleh segelintir penduduk sehingga timbul rasa kurang senang orang ramai.

Menurut Majlis Bandaraya Kuantan, notis pengalihan telah dikeluarkan. Jika pemilik bangsal itu gagal mematuhi notis, tindakan penguatkuasaan akan diambil.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.