Setiap bisnes perlukan inovasi dari semasa ke semasa untuk memenuhi permintaan pelanggan. Begitu juga LEGO yang kini telah bekerjasama dengan Flybrix untuk memasarkan Dron.

Apa menariknya dron keluaran Flybrix adalah pengguna diberikanĀ fleksibiliti untuk mencipta dron sendiri menggunakan brick LEGO. Awesome!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ditambah pula dengan tahun 2016 yang dihiasi dengan comeback permainan dan hiburan 90-an, kami yakin LEGO juga turut menjadi fenomena dengan inovasi terbaru di dalam pelan bisnes mereka.

Untuk pengetahuan anda, Flybrix bukanlah anak syarikat LEGO, namun kerjasama bersama LEGO membolehkan dron keluaran Flybrix boleh dipasang melalui Brick LEGO. Selain saiz dan pemilihan brick LEGO, pengguna turut diberi peluang untuk mengubah suai penggunaan motor pada dron untuk meningkatkan kelajuan.

Harga yang diumumkan buat Flybrix adalah $149 (~RM620) untuk basic kit dan $189 (~RM780) untuk set Deluxe. Melihat daripada harga yang diumumkan ditambah pula dengan minat kanak-kanak masa kini yang lebih cenderung kepada gadget, kami jangkakan pembeli Flybrix bakal terdiri daripada ‘bapa budak’ yang membesar dengan set-set LEGO.

Kami tidak sabar untuk menantikan dron Flybrix dengan tema Star Wars. Pasti lebih cool dengan adanya watak antogonis terkenal, Darth Vader.

Sumber