Dinding batu bata? Ada yang minat, ada yang tak minat sebab rasa macam berada dalam restoran, kafe, KFC dan sebagainya. Again, ikut citarasa.

Material beli sendiri. Selepas itu minta orang tolong install. Kalau laki bini ada skills pasang sendiri, memang buat sendiri saja sebab nak cut cost.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebab prosesnya kasar sikit, kena pecah-pecahkan balik, ketuk-ketuk dinding itu bagi kasar, sapu simen semula, baru susun batu-bata itu. Ikut anda nak susun rapat-rapat atau nak ada ruang sikit. Itu apa yang Teacher tengok orang pasangkan.

Jadi, kalau anda rasa alah kacang saja ini, sudah boleh jimat kos upah orang di situ. Macam kami ini tak yakin nak pasang sendiri. Bayangkan tetiba tengah makan jatuh bata atas kepala apa tak dapat.

Batu bata ini nipis, tak tebal macam bata merah yang selalu kita nampak itu, tebalnya dalam seinci saja. Batu bata ini ada banyak jenis, banyak warna. Memang banyak pilihan.

Langkah-langkah

1. Lihat katalog Kastone bricks di laman sesawang Suzuka Group. Pastikan ingat kod batu bata itu. Macam Teacher, kod BK-3108.

wall bricks 8

2. Kemudian cari kedai paling berhampiran dengan tempat anda. Jangan cakap, “Alaaaa dekat-dekat dengan KL bolehlah.” Macam Teacher ini, call di area Seremban ini sajalah.

3. Survey harga di kedai-kedai. Contoh di Seremban, ada 3 kedai dalam senarainya. Teacher call ketiga-tiganya, dan harga setiap kedai berbeza.

4. Beri kod batu-bata, contoh BK-3108. Orang kedai akan periksa samada ada stok atau tidak. Kemudian pergi pick up sendiri.

5. Upah orang pasangkan batu bata pada dinding rumah anda.

Harga

Sekotak harga RM66, Teacher call kedai lain semua harga RM85. Nampak? 1 kotak boleh cover 8.5 kaki persegi hingga 11 kaki persegi.

Ikut cara anda susun. Kalau lagi jarang-jarang jaraknya, lagi besar boleh cover. Dinding Teacher ini 10 kaki darab 11 kaki. Maknanya 110 kaki persegi. Bahagi dengan 8.5 kaki persegi, jadi Teacher kena beli 13 kotak. Tapi saja beli lebih in case apa-apa, jadi Teacher beli 14 kotak. 14 kotak darab RM66, jumlah RM926.

Selepas itu, panggil orang untuk pasang, dia minta RM1000. Dia akan tanya, nak sapu cat minyak atau tidak supaya ia nampak kilat dan cantik, tapi kena tambah duit. Teacher rasa lagi messy lagi cantik biar nampak macam buruk-buruk sikit. Rare orang putih kata. Jadi tak perlu cat minyak.

Jumlah kos barang dan upah semua sekali untuk batu bata ini dalam lebih kurang RM2000.

Gambar sebelum projek bermula:

wall bricks 1

Gambar semasa projek berjalan:

wall bricks 2

wall bricks 3

Gambar selepas projek siap:

wall bricks 4

wall bricks 5

wall bricks 6

wall bricks 7

wall bricks 9

Harap menjawab soalan dan membantu. Simpan dan kongsi jika bermanfaat.