Boleh dikatakan kita melihat pelbagai ragam orang yang datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dimana hanya datang bersahaja dan juga berpakaian ‘rare’ untuk menggembirakan para petugas barisan hadapan.

Terbaharu, sebuah video dikongsi pengguna TikTok @rizwan.99_ tular di media sosial dimana memaparkan seorang lelaki memakai baju kelawar dengan tuala dijadikan turban dan lengkap membawa peralatan mandi di dalam baldi.

@rizwan.99_

Owner sila hadir🤣

♬ BISMILLAH – Riyan Fvnky

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna TikTok tersebut menyeru lelaki yang dilihatnya di sebuah PPV. Hal ini telah berjaya meraih tumpuan netizen dan pastinya perkara ini sudah ‘biasa’ dimana perlu tunjukkan kelainan jika mahu mengambil vaksin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dan ada juga berasa kagum kerana lelaki tersebut berani berpakaian seperti itu ke PPV. Malah, ada juga yang mengatakan segelintir rakyat Malaysia yang berpakaian ‘kostum’ membuatkan PPV seperti tempat ‘showcase cosplay’.

photo_2021-08-13_10-10-14

photo_2021-08-13_10-10-22

photo_2021-08-13_10-10-26

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mempersoalkan lelaki tersebut sempat ‘print’ nota di belakang baju tetapi tidak sempat bersiap ke PPV. Malah, ada juga netizen yang berasa terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Untuk makluman, bekas pesakit COVID-19 kini tidak perlu lagi menunggu selama 3 bulan untuk menerima vaksin dan sebanyak 16,545,384 telah menerima dos pertama vaksin.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan netizen yang berpakaian ‘rare’ di PPV untuk terima vaksin pada pautan di bawah ini.

‘Nasib Baik Waktu Siang, Kalau Tidak Sudah Lari’- Netizen Terkejut Lihat Gadis Jadi Hantu Ke PPV

‘Bergaya’ Sebagai T-Rex Untuk Mengambil Vaksin, Perkongsian Gambar Ini Curi Perhatian Netizen

Anda Mungkin Suka