Nama Lin Dan cukup dikenali, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Malah, Lin Dan juga merupakan seteru utama Datuk Lee Chong Wei dalam arena sukan badminton.

Hari ini, kita dikejutkan dengan berita yang mengejutkan apabila Lin Dan mengumumkan persaraannya selepas setahun Datuk Lee Chong Wei bersara daripada arena badminton.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Beliau yang pernah memenangi emas di edisi Olimpik 2008 di Beijing dan 2012 di London, tidak akan menyertai temasya Sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan kepada tahun depan kerana pandemik COVID-19.

744362

Sumber: Mstar

Lin Dan yang juga digelar Super Dan mengatakan statusnya dilihat menurun sejak beberapa tahun lalu berikutan faktor usia dan kecederaan. Difahamkan, beliau ingin mahu beraksi di Tokyo tetapi rankingnya kini di kedudukan ke-19 dan penangguhan temasya sukan terbesar dunia menjadikan ia kelihatan sukar untuknya.

Sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei jaguh badminton negara kita bersara daripada arena badminton. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Datuk Lee Chong Wei Umum Persaraan Daripada Dunia Badminton

Chong Wei Kalahkan Lin Dan Untuk Mara Ke Final Siri Super Terbuka China

Anda Mungkin Suka