Siapa sangka baru sahaja tampil di kaca TV menghiburkan orang ramai pada minggu lalu, bintang program Big Stage musim ketiga iaitu Sandra Dianne dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada awal hari ini.

Berita pemergian penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Hey! Kau’ ini telah dikongsikan oleh rakannya iaitu Sufie Rashid menerusi laman Instagram beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan Sandra, atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Beliau pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.

Selain Sufie Rashid, rakan seperjuangan Sandra dalam program Big Stage iaitu Usop turut berkongsi berita duka ini menerusi laman Instagram beliau.

https://www.instagram.com/p/CE9uPycBTvx/?utm_source=ig_embed

Takziah diucapkan buat keluarga Sandra Dianne dan semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Pada awal tahun ini, industri tanah air dikejutkan dengan pemergian pelawak dan pelakon popular iaitu Abam Bocey dan Ashraf Sinclair. 

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia