Pelakon yang membintangi watak utama dalam Black Panther, Chadwick Boseman telah meninggal dunia pada usia 43 tahun kerana kanser.

Chadwick meninggal dunia di kediaman beliau di Los Angeles dengan isteri dan kaum keluarga terdekat bersama beliau di sisi.

Berita kematian beliau turut dikongsikan di akaun peribadi Chadwick di Twitter, Chadwick telah disahkan menghidapi penyakit kanser kolon tahap ketiga pada tahun 2016. Beliau tidak memberitahu keadaan beliau kepada sesiapa (selain ahli keluarga terdekat) dan tetap meneruskan penggambaran filem yang berada dalam jadualnya.

Hilangnya seorang pelakon yang berbakat dan Chadwick pastinya akan sentiasa dikenang sebagai seorang aktor hebat dan raja Wakanda di hati peminat.

Sebelum ini, peminat setiap Chadwick turut risau dengan keadaan semasa Chadwick yang kurus. Baca lagi pada pautan di bawah.

Black Panther Muncul Filem Pertama Marvel Menang Anugerah Oscar

Kurus Dan Tidak Bermaya, Peminat Risau Keadaan Terkini ‘Black Panther’