Kalau anda ada nampak seorang lelaki yang menyerupai PewDiePie di sekitar Kuala Lumpur, ya itu memang PewDiepie. Menerusi akaun Instagram miliknya, PewDiePie ada memuatnaik gambar dia bersama teman wanitanya, Marzia bergambar berlatarbelakangkan KLCC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“We are in Malaysia!” menerusi tulisannya di Instagram. Kalau anda tidak pernah dengar siapa PewDiePie sebelum ini, beliau adalah bintang Youtube dengan pengikut lebih 47 juta. Hebat untuk sesuatu akaun individu mempunyai followers seramai itu.

PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Arvid Ulf Kjellberg tersenarai sebagai salah seorang dari 100 inidividu paling berpengaruh di dunia menurut majalah Time. Jadi, kalau anda ada jumpa PewDiePie di mana-mana sekitar Kuala Lumpur, boleh ajak beliau makan durian atau nasi campur. Selamat bercuti dan welcome to Malaysia PewDiePie dan Marzia!

Baca : Jejaka Di Sebalik Nama ‘PewDiePie’ Yang Mempunyai Pengikut Lebih 44 Juta Di Youtube

Sumber