Peminat filem thriller ramai yang memuji kehebatan filem terbaru di Netflix, Bird Box. Ianya sangat menarik sehinggakan Netflix mengeluarkan kenyataan lebih 45 juta akaun Netflix di seluruh dunia sudah menonton Bird Box pada minggu pertama filem ini dilancarkan oleh mereka.

Ianya satu rekod baharu dari sebuah karya Netflix dan lakonan Sandara Bullock dalam filem ini memang sangat berkesan. Buat anda yang belum menonton, Netflix adalah filem yang seram di mana anda akan ‘dirasuk’ sekiranya membuka mata di kawasan terbuka di waktu siang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai perbandingan, terdapat 137 juta akaun Netflix dibuka setakat October dan ini bermakna 33% pengguna sudah menonton Bird Box. Bird Box sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri dan ada yang beranggapan Bird Box adalah filem ‘cult’ pertama yang dihasilkan oleh Netflix.

Penulis novel seram Stephen King juga memberi respon positif untuk filem ini. Beliau berkata jangan terlalu percaya dengan review yang diberi kepada filem ini kerana anda perlu menontonnya sendiri.

Bird Box mengingatkan kami kepada filem A Quiet Place yang hampir sama konsepnya dengan Bird Box. Jika anda tidak dapat bercakap dalam A Quiet Place, Anda tidak dapat melihat pula dalam Bird Box. Kedua-dua filem ini adalah filem wajib tonton untuk tahun ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.