Buat yang merindui aksi Harley Quinn dan tidak sabar lagi menantikan filem Suicide Squad yang akan berada di pawagam pada Ogos 2021, Birds Of Prey of Prey adalah filem yang anda perlu tonton di pawagam.

Ya, Margot Robbie kembali sebagai Harley Quinn untuk filem Birds Of Prey atau nama penuhnya Birds Of Prey And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn. Margot adalah satu-satunya pelakon daripada filem Suicide Squad yang akan muncul dalam filem ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum itu, sedikit sinopis tentang filem ini. Birds Of Prey bakal membawa anda kembali ke Gotham City di mana Harley Quinn yang cuba berdikari selepas beliau ‘putus cinta’ dengan Joker. Namun, kerana tidak lagi di bawah jagaan Joker, ramai musuh lama Harley mencarinya untuk membalas dendam.

Untuk beliau lari daripada berdepan dengan masalah, beliau perlu mencari seorang budak perempuan bernama Cassandra Cain yang mencuri sebutir berlian untuk melepaskan diri daripada Black Mask. Namun, untuk beliau berjaya melepaskan diri, beliau ‘terpaksa’ bergandingan dengan Huntress, Detektif Renee dan Black Canary.

Jadi, boleh dikatakan filem terbaru ini adalah cara santai Warner Bros. memperkenalkan watak baharu untuk franchise DC Comics sambil menggunakan populariti sedia ada Harley Quinn untuk menarik peminat ke pawagam. Jadi, apa yang menarik tentang filem ini?

1. Sinematografi yang menarik

Bukan sahaja filem ini berwarna-warni dan lari daripada tema ‘dark’ yang biasa digunakan dalam filem DC Comics, malah sinematografinya juga sangat hebat dan mampu memberi mood yang betul untuk setiap babak.

Harley Quinn sangat dikenali dengan peribadinya yang playful dan disebabkan itu adegan dalam filem ini penuh warna. Anda terasa berada dalam dunianya. Walaupun Harley ini merupakan kekasih Joker, tidak terasa pun aura Joker dalam filem ini. Harley merupakan watak hebat yang mampu stand-alone dalam dunia DCEU.

2. Aksi bersahaja Roman Sionis

Birds Of Prey Roman

Selepas Joker, Roman Sionis aka Black Mask juga adalah salah seorang villain gaya mafia yang ‘menjaga’ Gotham. Pun begitu, beliau tetap menghormati Joker dan tidak mengapa-apakan Harley sehinggalah berita Harley sudah putus hubungan dengan Joker, barulah beliau mula mencari Harley untuk membalas dendam.

Sudah lama tidak melihat Ewan McGregor di pawagam dan beliau langsung tidak mengecewakan. Watak Roman yang dibawah Ewan dalam Birds Of Prey sangat santai dan tidak over menjadikan beliau penjahat yang menarik dalam filem ini.

3. Cara penceritaan yang berbeza

Penceritaan dalam Birds Of Prey juga agak menarik kerana menggunakan konsep rewind untuk menceritakan sesuatu babak dan tidak straight forward seperti filem lain yang ada di pawagam. Jadi, anda perlu beri sepenuh perhatian supaya anda tidak tertinggal mana-mana adegan penting dalam filem ini.

4. Babak aksi persis filem John Wick dan Deadpool

Birds of Prey 1

Mengapa kami kata begini? Satunya kerana adegan aksi yang fun seperti Deadpool dan penggunaan senjata yang pelik-pelik seperti John Wick. Jadi, dua perkara ini digabungkan menjadi satu dan terhasillah adegan dalam filem ini.

5. Ada babak end-credit

Jangan balik dahulu! Tunggu sehingga habis credit title untuk ‘babak khas’. Berbeza dengan Marvel, end credit DC lebih win dan ‘berbaloi’ untuk ditunggu.

Apa pun, Birds Of Prey adalah sebuah hiburan gelap dan nakal untuk tontonan 18 tahun ke atas. Walaupun ia merupakan filem yang fun, tetapi ada adegannya yang ‘ganas’ walaupun sepintas lalu. Tetapi, jika mahu katakan filem ini ada wow factor tersendiri, kami akan kata tidak. Tanpa kehadiran Harley Quinn, filem ini pastinya kurang berjaya kerana watak selain Harley seperti ‘kurang bermaya’.

Untuk pengetahuan anda, Harley Quinn bukan pun ahli Birds Of Prey tetapi beliau menjadi asbab tertubuhnya kumpulan Birds Of Prey dalam filem ini. Rotasi terkini kumpulan Birds Of Prey dalam komik adalah Black Canary, Huntress, Batgirl dan Batwoman. Andai Birds Of Prey hadir dengan filem kedua, jangkakan kemunculan dua watak hebat ini.

Kami berikan rating 7.5/10 untuk filem ini. Jika anda berpaksikan Rotten Tomatoes untuk menentukan ‘kesedapan’ sesuatu filem, anda mungkin sedikit kecewa dengan filem ini. Apa pun, ia masih filem aksi yang menarik untuk ditonton. Ayuh!

P/S: ‘Bruce’ ada buat kemunculan dalam filem ini. Gelak tawa beliau lebih hebat daripada Joker versi Jared Leto.

Birds Of Prey tidak mempunyai kaitan dengan filem Joker lakonan Joaquin Pheonix sebelum ini. Kedua-dua filem ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Baca review kami tentang Joker pada artikel di bawah.

Joaquin Pheonix Menyinar Dalam Karya Epik Dan ‘Dark’ Joker

Kevin Smith Dedah ‘Ending’ Kejam Filem Joker Sepatutnya Berakhir Dengan Kematian Bruce Wayne

Jared Leto ‘Dipecat’ Daripada Bawa Watak Joker Untuk Suicide Squad 2