Birkenstock adalah jenama sandal dari Jerman yang sudah berada di pasaran sejak tahun 1774 lagi. Oleh kerana faktor keselesaannya, jenama ini sentiasa mendapat tempat di hati pengguna.

Hanya baru-baru ini, Birkenstock kuat dalam membuat kolaborasi bersama jenama-jenama fesyen terkenal dunia seperti Concepts, Opening Ceremony, Rick Owens dan juga collete.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi perkara yang menjadi perhatian dalam temubual ini adalah bagaimana Oliver pernah menolak untuk berkolaborasi dengan jenama streetwear terkemuka dunia, Supreme. Beliau menyifatkan ianya satu ‘pelacuran’ jika berkolaborasi bersama jenama seperti Supreme dan juga Vetements.

“Kami tidak nampak manfaat kolaborasi ini kepada kami kecuali pelacuran, kerana ini adalah pelacuran,” kata Oliver. Beliau tidak mahu berkolaborasi bersama jenama Supreme (dan juga Vetements) kerana jenama Birkenstock sudah terkenal di kalangan peminat Supreme.

https://www.instagram.com/p/BmvHAAUjwJN/?hl=en&taken-by=highsnobiety

Jualan Birkenstock juga tidak menunjukkan penurunan; sejak 2012 jualan seluruh dunia mereka meningkat tiga kali ganda kepada USD800 juta. Oliver juga berpendapat Supreme dan Vetements hanya mahu menggunakan jenama Birkenstock untuk melebarkan lagi pengaruh jenama mereka.

Oliver sememangnya seorang yang berpegang kepada prinsip. Jenama Supreme yang besar datang dan beliau biarkan begitu sahaja kerana beliau yakin, jenama Birkenstok adalah lebih besar berbanding jenama-jenama lain. Untuk membaca temubual penuh, boleh tekan di sini.

Sumber