Jenama ikonik Supreme semalam telah pun memperlihatkan koleksi musim panas buat peminat setia mereka namun, kolaborasi antara Supreme x Oreo adalah yang paling menjadi perhatian peminat sejak semalam.

Ia bukan satu kejutan Supreme memilih jenama biskut untuk kolaborasi ‘pelik’ mereka untuk musim panas. Apa yang menjadikan biskut Oreo ini berbeza dengan biskut Oreo biasa? Semestinya warna biskut ini yang bertukar merah dan logo Supreme tertera pada biskut ini.

Kolaborasi ini diumumkan sendiri oleh Orea menerusi laman Twitter rasminya. Dikhabarkan biskut Oreo ini akan dijual pada harga USD8 (~RM33), agak mahal untuk biskut berkenaan.

Ada peminat yang mula menjadikan kolaborasi ini sebagai bahan ketawa kerana memikirkan siapa yang sanggup untuk membeli biskut ini pada harga resell.

Tetapi memandangkan ia ‘hanya’ berharga USD8, biskut Oreo x Supreme tetap akan sold out dan dijual kembali pada harga lebih tinggi. Persoalannya, adakah anda akan makan atau simpan biskut ini sebagai hiasan?

Ini pula beberapa kolaborasi unik Supreme sebelum ini. Klik pada pautan di bawah.

Supreme Berkolaborasi Bersama BLU Perkenalkan Telefon Edisi Terhad

Honda CRF 250R ‘Dirt Bike’ Antara Aksesori Menarik Keluaran Supreme Tahun Ini

Mengapa Barangan Supreme Sangat Mahal Dan Sentiasa ‘Sold Out’