Sebut sahaja Tealive, anda pasti sudah terbayang keenakan rasa minumannya yang ‘fresh’ dan melegakan dahaga anda. Terbaharu, Tealive perkenalkan 2 perisa ‘BiskuTea’ sejak semalam.

Difahamkan, minuman BiskuTea itu hadir dengan 2 perisa iaitu BiskuTea Caramel dan BiskuTea Oreo. Biskutea Caramel tampil dengan crumbs biskut caramel, manakala Biskutea Oreo hadir dengan crumbs Oreo sebagai topping.

Difahamkan, harga bagi BiskuTea Caramel bermula dari RM10.90, manakala BiskuTea Orea berharga RM9.90 sahaja. Buat anda yang mahu mencuba, anda bolehlah ke cawangan Tealive terdekat anda untuk mencubanya! Tunggu apa lagi?

Apa kata anda cuba 8 minuman Tealive yang disarankan ‘tearista’ mereka pada pautan di bawah ini.

8 Air Tealive Yang Perlu Anda Cuba Seperti Yang Dikongsikan Oleh ‘Tearista’ Mereka

Tealive Tampil Jual Set DIY Minuman ‘Bubble Tea’ Berharga RM150

Tealive Perkenalkan Aiskrim ‘Milk Tea’ Berharga RM5.90