Bank memang boleh luluskan pinjaman rumah atau kereta untuk orang bisnes.

Pertama, duit bisnes itu harus masuk ke dalam akaun bisnes, bukan akaun peribadi. Bukalah akaun enterprise dahulu untuk permulaan. Sudah ada rentak, baru naik taraf ke sendirian berhad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bila duit bisnes masuk ke akaun bisnes, barulah bank percaya bisnes kita buat duit.

Pelanggan yang serah tunai di tangan kita pun kita mesti masukkan ke dalam akaun bisnes.

Jangan biarkan duit itu mereput dalam wallet. Memang akan terpakai guna beli benda lain.

Kita cakaplah bisnes kita aktif buat duit hari-hari, bank tidak akan percaya jika duit itu tiada bukti keluar masuk dalam akaun bisnes.

Ada pemborong sayur di Selayang setiap 2 jam pergi bank masukkan ribu-ribu duit tunai ke dalam akaun syarikat.

Ada seorang peniaga tudung, lantik staf jaga booth. Apabila dapat duit jualan, beliau masukkan ke dalam akaun bisnes dahulu. Barulah dikeluarkan semula untuk bayar komisyen kepada staf.

Leceh sedikit tak apa, janji ada bukti duit masuk ke dalam akaun bisnes. Tiap-tiap tahun bank lulus loan beliau untuk beli rumah.
Adalah syarat lain bank tengok seperti penyata cukai pendapatan, jumlah tanggungan hutang dan sebagainya.

Mula-mula ini, disiplinkan dahulu masukkan duit bisnes ke dalam akaun bisnes.

Kemudian ambil gaji daripada bisnes kita. Ia dibayar melalui akaun bisnes ke akaun peribadi kita setiap bulan. Gaji itu dicarum KWSP dan SOCSO. Juga dipotong cukai secara berjadual jika gaji kita melebihi RM34k setahun.

Semua ini tertera dalam penyata gaji yang dikeluarkan oleh perniagaan atau syarikat kita. Ia boleh dijadikan dokumen sokongan untuk bank luluskan pinjaman.

Untuk bisnes yang masih dijalankan secara ‘one man show’, kitalah yang uruskan semua urusan di atas.