Melihat apa yang dilakukan oleh Muaz Roslan hari ini, saya tidak menyangka rupanya beliau pernah melalui saat-saat ‘struggle’ dalam hidup. Malahan kebanyakan perkongsian Muaz lebih terarah ke arah kutipan dana dan update tentang kerja-kerja kemanusiaan, bertepatan dengan peranan beliau sebagai penasihat sebuah badan NGO iaitu Malaysia Lifeline For Syria.

Hinggalah beberapa hari sebelum raya, Muaz berkongsi tentang saat sukar yang pernah beliau lalui di akaun Facebook beliau.

Struggle dan tiada kerja. Hanya ada RM200 dalam akaun

Beberapa tahun lepas selepas graduate dari UIA dan perniagaan restoran yang dimulakan pada tahun ke 3 aku belajar mula jatuh. Aku pokai dan menganggur walaupun aku lulus cemerlang sewaktu di universiti.

Aku tak bekerja selama lebih setahun, pokai, tak ada hala tuju, dan satu demi satu perniagaan yang aku usahakan gagal. Kehidupan mula tak tentu arah, tidur, tengok wayang, makan dan tidur.

Aku mula buat kerja-kerja sambilan, jual quran, jual powerbank, jadi mutawwif dan dll. Kecewa dan rasa rendah diri mula menyerang apabila melihat kawan-kawan upload kereta baru dan segak bertali leher di tempat kerja.

Dan separuh pertama Ramadan tahun tersebut demam denggi mula menyerang. Antara saat aku paling di bawah dengan hanya RM200 di dalam bank akaun masa tu.

Dan di sini lah, tempat aku berteduh untuk baki Ramadan dari kelelahan dan kehampaan. Segala yang boleh digadaikan, aku jual untuk sara hidup.

Masa tu, sahur dan ifthar hanya di masjid sebab tak ada duit. Kereta pun tak ada aircond sebab tak mampu baiki, tekan pedal minyak pun hati-hati sebab tak ada duit nak isi minyak.

Antara yang dijual adalah set memanah yang digadaikan bertempat di masjid Shah Alam. Boleh la survive sikit. Tapi masa tu lah, di sebalik kesempitan hidup, ibadah terasa basah, pengharapan terasa tinggi, infaq terasa manis dengan apa yang ada di dalam genggaman.

Masa tu mudah sahaja air mata mengalir, sebab aku dah tiada apa-apa.

Tapi Allah, dengan kuasanya mampu melakukan apa yang di kehendaki. Masa tu business baru yang diusahakan tak nampak sinar dan beratus permohonan kerja tak ada jawapan (kebanyakannya syarikat minyak dan gas di Malaysia), semua kena REJECT. Seakan semuanya TAK JADI! Pelik kan?

Susah bila lepas degree. Kita nak cuba buat haluan sendiri, bertambah susah bila business yang dah terbina pun mula jatuh. Tapi bukanlah kekesalan juga.

Cuba berniaga lagi

Masa waktu tengah jatuh, aku doa, nak sangat pergi umrah sekali lagi. Rezeki datang, terpilih jadi mutawwif. Boleh la survive, jalan-jalan tengok dunia dan paling penting ziarah Masjidil Haram.

Untuk business, aku mula balik dengan jual Quran guna Facebook. Dengan harga diskaun istimewa dari mentor aku Ustaz Fadzil Salleh, dapatlah jual sebiji Quran. Tapi yang banyak membantu adalah ummi, dia banyak dapatkan order, ratusan Quran. Dengan cara tu aku boleh hidup di KL jauh dari keluarga. I know I have to be here out of comfort zone.

Aku jual barang-barang import dari China macam powerbank, collectors item dan sebagainya buat kumpul modal balik.

Satu perasaan yang menyiksakan apabila kau tahu how much you are really ‘worth’ tetapi kau tak boleh keluar dari perigi buta. Kau tahu kau patut berada di puncak, tapi kau tak tahu macam mana nak ke sana. You just knew, you deserve better.

Masa ni kau akan doubt diri, rasa nak terima sahaja hakikat untuk terus berada dan jadikan zon selesa.

Dan aku ingat masa tu antara benda yang paling memedihkan adalah isu Syria, dalam moral dan motivasi diri tengah down, aku rasa kecewa sebab tak mampu tolong insan-insan yang dekat dengan hati aku.

Walaupun ini bukanlah the bottom of the bottom, aku rasa waktu ini adalah pertarungan antara terus berada di zon selesa ataupun cuba kejar impian.

Ia jalan yang sunyi. Masa tu, tak ramai lagi kawan-kawan berniaga, yang ada pun barangkali lost juga.

Aku ingat lagi masa awal-awal dulu pergi China, kena jangkitan, terbaring sakit seorang diri jauh dari orang aku kenal. Aku sewa sebuah bilik jauh dari bandar dengan tuan rumah seorang nenek yang tak mengerti bahasa Inggeris.

Nenek tulah yang suapkan makan bubur nasi kosong dan bawakan aku ke hospital. Nak bangun dari katil pun tak mampu. Ia saat yang tak akan aku lupa. I thought I was going to die there.

Apabila semuanya mula menampakkan sinar, not all at once, tapi sedikit demi sedikit. Malam ke-26 Ramadan, dapat berita Full Scholarship belajar di Istanbul. Sujud Syukur dibuatnya!

Tak berakhir di situ. Malam ke-27, dapat pula email tawaran kerja di Shell. Belum habis nak celebrate, malam ke-28, aku terima beberapa clients untuk business baru.

Dan kemuncaknya, malam ke-29 dapat offer KERJA DI UK sebagai accountant. The golden egg of my career path. Hidup yang rasanya gelap sebelum tu, tiba-tiba mula nampak sinar. Sekejap sahaja tuhan nak ubah kedudukan kita.

Dia uji dengan kesusahan yang kita sangka tiada penghujung, kemudian dia bukakan jalan. Perjalanan kehidupan ini seakan berjalan dalam gelap, melangkah setapak demi setapak berbekalkan iman dan harapan.

Ujian Allah adalah tarbiyah bagi kita, it will either break us or shape us. Aku selalu tertanya-tanya kenapalah diuji sedemikian rupa. Dan bila direnung kembali, ia satu ujian yang penuh hikmah. I appreciate it even it was not an enjoyable journey.

Kalau orang tanya, macam mana aku boleh keluar dari gelap kehidupan, aku rasa satu je. Sebab doa ummi dan abah tanpa henti sehingga hari ini. Yang menjadikan aku ‘manusia’.

Kepada mereka segala kejayaan dan kredit harus diberikan. Dan syukur kepada Tuhan yang menunjukkan jalan. Mungkin tak semudah orang lain, tapi mungkin ini bahagian aku.

Alhamdulillah atas setiap kesenangan dan kesusahan. Apa jadi lepas semua offer tu? Susah untuk aku memilih, satu persatu aku tolak dengan berat hati untuk kejar cita-cita.

Aku pertaruhkan masa hadapan. Am glad I did. It will always be a constant battle of belief kerana setiap detik adalah ‘upgrading’ moments which sometimes you win, and sometimes you lose of which you just come back to him and start again.

Aku cerita bukan apa, aku harapkan dengan baki Ramadan yang ada ini menjadi HARAPAN bagi kita semua.

Terkini

Bila ditanya apakah yang dilakukan oleh Muaz selain dari bergiat aktif bersama NGO Malaysia Lifeline For Syria, ringkas sahaja jawapan beliau, menjalankan perniagaan trading, import dan export.

Baca lagi:  Pengasas TheLorry Dedahkan Kegagalan Startup Pertama