Nota Editor: Kisah ini telah dipaparkan di Facebook Mohd Rasyid Tajul Urus, salah seorang rakan kongsi di The Carpedia. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat memberi inspirasi kepada anda yang ingin memulakan perniagaan.

Memandangkan saya sudah kembali bertugas di kapal, meh saya belanja satu cerita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BAGAIMANA MEMBANGUNKAN BISNES KERETA SEWA DENGAN HANYA BERMODALKAN AZAM YANG TINGGI

1. KESEDARAN

Tahun 2013, setelah 4 tahun bekerja, saya mula merasakan saya perlu melakukan sesuatu untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Kalau nak diikutkan, gaji yang saya perolehi setiap bulan sudah memadai.

Tetapi kerana kesilapan yang saya lakukan ketika mula bekerja, iaitu membuat pinjaman bank yang tinggi untuk pembiayaan kereta, serta pinjaman pinjaman lain, menyebabkan saya sedikit tersepit untuk berbelanja.

Maka dari situlah bermulanya idea untuk menjalankan perniagaan.

Banyak buku telah saya kaji untuk memulakan perniagaan, namun kebanyakannya lebih kepada motivasi diri dan tidak spesifik ke arah membuka dan mengembangkan perniagaan. Di pengakhirannya, saya akan kembali kepada konklusi dan tips bisnes yang sama yang saya sudah naik hafal iaitu:

“3 Tips Mudah Untuk Terjun Dalam Dunia Perniagaan”

1) Mulakan bisnes dengan kos yang rendah. Bisnes yang berjaya tidak semestinya memerlukan modal yang besar.
2) Bina bisnes berdasarkan minat dan/atau impian anda.
3) Business is all about managing profit and loss.

carpedia-6

2. GIGIH CARI DUIT

Walaupun saya fikir saya sudah betul-betul faham dengan resipi di atas, realitinya bukan semudah disangkakan untuk menyelaminya.

Mujur juga, saya ni ada pengalaman sejak dari kecil suka cari duit poket lebih. Macam-macam benda saya buat. Di sekolah rendah, saya ambil upah menempah sticker untuk rakan-rakan sekelas.

Di sekolah asrama penuh pula, saya menjadi ‘tokan’ untuk bantu kawan-kawan menempah bas pulang ke kampung sewaktu cuti sekolah. Masih lagi segar dalam ingatan saya juga pernah bekerja di kedai makan berhampiran kolej sewaktu cuti semester hanya untuk mendapat gaji RM25 sehari, bekerja dari 2 petang sampai 2 pagi!

Kalau fikirkan sekarang, saya sendiri pun hairan dulu ada tenaga sampai macam tu sekali. Fast forward sekarang ni selepas 10 tahun, nak stay up sampai pkul 1-2 pagi pun dah tak ada upaya. Ha ha ha.

Namun, saya bersyukur kerana dikurniakan sifat yang sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pendapatan. Sejak kecil lagi saya percaya kalau saya ada pendapatan lebih, senang untuk saya tolong orang lain.

Sebabnya sejak kecil lagi saya dah nampak impak positifnya, saya gigih cari duit lebih, saya boleh menolak duit yang diberi ayah sebagai belanja harian, untuk dijadikan perbelanjaan adik saya. Semudah itu.

3. CONSTANT EFFORT

Sampailah ke zaman bekerja pun, saya masih lagi suka cari peluang untuk mendapat pendapatan sampingan. Memang pada ketika itu, dengan motivasi nak cari duit lebih untuk berkahwin, saya mula terfikir untuk membangunkan sebuah bisnes supaya dapat memberikan pendapatan secara konsisten.

Tapi masalah dan persoalan sama yang saya jumpa pada akhirnya, bisnes apa nak buat?

Lebih setahun juga saya mencari-cari bisnes yang sesuai, tapi asyik jumpa jalan buntu. Tapi, saya percaya rezeki itu di tangan Allah SWT. Jika kita ada kemahuan, pasti ada jalan.

Atau sekurang-kurangnya, jika kita terus berusaha mengejar cita-cita, Allah itu PASTI akan membantu tunjukkan jalannya.

Nak dijadikan cerita, saya bertemu kembali dengan dua orang kenalan lama yang saya memang tahu kegigihan mereka berbisnes. Saya tahu kisah salah seorang daripada mereka yang berniaga t-shirts seawal umur 19 tahun.

Beberapa tahun selepas beliau berniaga, pernah saya curi lihat buku bank simpanannya dengan wang berjumlah RM 25,000! Bayangkan ketika umur 23 tahun beliau sudah ada wang sebanyak itu hasil dari keuntungan bisnes!

Seorang lagi pula saya tahu beliau pernah berniaga emas pelaburan dengan menjadi agen sebuah syarikat tempatan. Hasil bisnes beliau, beliau boleh memiliki keretanya sendiri sewaktu masih belajar di universiti!

carpedia-2

4. MUNCULNYA IDEA BISNES

Sejujurnya, saya kagum dengan passion mereka untuk berniaga dan pada mulanya, saya hanya berniat untuk belajar selok belok perniagaan kecil-kecilan dari mereka.

Pada suatu malam, kami keluar seperti biasa untuk sesi teh tarik di lokasi biasa. Dari sekadar sembang kosong dan merapu, perbualan kami meleret sampai cerita bisnes, dan dari situ terdetik idea spontan. Kami ingin buat bisnes kereta sewa dengan membeli sebuah kereta baru!

Wow! Sekali dengar, mahal juga nak keluar modal untuk buat bisnes ini, tapi hakikatnya modal yang kami keluarkan tidak sampai RM 1,200 pun untuk memulakan bisnes ‘premium’ ini. Yalah, bila bercakap pasal bisnes kereta sahaja, mesti kita terbayang modal berpuluh ribu ringgit kan? He he.

carpedia-3

5. LET THE LITTLE LIGHTS GUIDE YOU

Keesokannya, seperti yang telah dirancang pada malam sebelumnya, saya membuat hanya satu panggilan ke salah seorang sales agent Perodua di Glenmarie, untuk membeli sebuah kereta Perodua Viva yang baru dengan menggunakan kapasiti pinjaman ‘hire purchase’ saya sendiri.

Kami meletakkan ‘zero down payment’ untuk melakukan pembelian tersebut. Senang kata, modal kami untuk mengeluarkan sebuah kereta Perodua Viva baharu segar dari ladang hanya memerlukan duit yang kami kongsi bertiga untuk membiayai road tax dan insurance yang jumlahnya sangat minimal untuk dikongsi bertiga!

Sekurang-kurangnya, sangat minimal untuk memulakan sebuah bisnes ‘high-end’ seperti bisnes kereta sewa. Hanya selepas dua minggu, lahirlah ‘baby’ pertama kami sebuah kereta Perodua Viva yang kami didik untuk jadi ‘money making machine’ bagi menjana income.

carpedia-4

Di sini segalanya bermula:

  • Dari ‘baby’ ini kami jumpa pelbagai ragam manusia.
  • Dari ‘baby’ ini kami jumpa pelbagai masalah dan cari jalan bagaimana untuk selesaikan masalah-masalah tersebut.
  • Dari ‘baby’ ini kami berjaya untuk menggaji seorang pelajar untuk menjalankan bisnes kami dari hari ke hari di salah sebuah universiti tempatan!
  • Dari ‘baby ini’ kami berjaya mengambil pekerja sepenuh masa untuk melicinkan perniagaan kami!
  • Dari ‘baby’ ini kami beralih daripada menyewakan kereta kepada pelajar university kepada entiti-entiti korporat gah di Kuala Lumpur.
  • Dari ‘baby’ ini kami berjaya menggandakan bilangan kereta untuk operasi bermula dengan sebiji kereta ke lebih 20 biji kereta yang kami ada sekarang melalui kerjasama bisnes dengan pelabur, termasuklah servis chartered bus!
  • Dari ‘baby’ ini kami cetus idea untuk bina jenama kami sendiri, The Carpedia.
  • Dan yang paling penting, dari ‘baby’ inilah kami berjaya membina platform untuk mempunyai perniagaan sendiri!
  • Pokok pangkalnya, apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah jangan ‘self-create’ halangan-halangan yang boleh membantutkan impian anda, kerana halangan-halangan tersebut sebenarnya tak wujud pun jika anda fikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikannya.

carpedia-5

Peluang-peluang untuk membina perniagaan sendiri sentiasa terbuka di depan mata anda, cuma anda tidak sedar dan mungkin usaha anda masih belum mencukupi untuk anda ‘disedarkan’. Setiap orang akan nampak peluang yang berlainan di depan mata masing-masing.

Input-input bisnes ataupun tips yang anda dapat hasil daripada bacaan dan pesanan orang yang telah berjaya itu memang telah terbukti benar. It is all out there.

Tapi ilmu-ilmu tersebut hanya akan jadi tukun-tukun buruk di dalam minda anda jika anda tidak mahu sekurang-kurangnya berusaha untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut.

Memang benar, kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Tapi ingat! Kejayaan akan lebih sukar datang jika kita langsung tidak mencuba untuk mengejarnya.

Keazaman dan JATI DIRI yang KUKUH perlu diterap dalam diri seorang usahawan. Kejayaan pasti datang, cuma waktunya belum pasti. Semua ini, bergantung pada usaha kita sendiri bagi merealisasikan impian yang telah kita bina.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram