Disebabkan ramai kawan-kawan FB saya ini adalah usahawan, saya rasa seronok untuk berkongsi tentang cara saya run bisnes online.

Sebelum ini saya berniaga memang tiada pengurusan. Habis berserabut kewangan dan task yang perlu dibuat.

Run Bisnes Online Gaya Wan Syafiq
Run Bisnes Online Gaya Wan Syafiq

Selepas saya amalkan bisnes yang tersusun dan menggunakan beberapa platform cloud, saya dah tak perlu nak pening kepala lagi. Boleh fokus buat apa yang saya suka.

Post ini saya pecahkan ikut gambar bagi memudahkan penerangan untuk setiap point.

Share jika kawan-kawan rasa bermanfaat. Boleh komen untuk tanya atau cadangkan solusi lain supaya orang lain boleh guna pendekatan lain.

1. Laman web perniagaan sebagai tapak “kedai online

Run Bisnes Online Wan Syafiq
Laman web

Mungkin masih tak semua usahawan merasakan website itu penting tapi bagi saya, tiada laman web bermaksud tidak serius dalam branding bisnes.

Website saya disediakan supaya mesra mobile dan fokus mempamerkan portfolio saya dan penerangan servis serta borang untuk tempahan servis.

Saya sediakan ruang blog untuk menambah kepercayaan prospek apabila melihat konten berkualiti di situ.

Saya sangat pentingkan cara penyampaian dan format penulisan di laman web supaya selesa dilihat oleh pelawat yang menggunakan mobile kerana 60%-80% pelawat menggunakan mobile.

2. Sistem invois dan akaun menggunakan Freshbook

Run Bisnes Online Wan Syafiq
Sistem invois dan akaun.

Saya tahu ramai usahawan yang tidak uruskan akaun dan invois kerana saya dulu begitu juga. Tetapi selepas saya uruskannya dengan betul, bisnes saya 200% lebih baik.

Ada banyak sistem cloud untuk invois dan akaun tapi saya pilih Freshbook kerana layoutnya yang kemas dan ringkas serta mempunyai aplikasi Android.

Bila sudah ada sistem begini, invois saya tidak lagi berterabur dan mudah sangat track status pembayaran invois, akaun, buat laporan akaun dan banyak lagi.

Yang seronoknya saya tak perlu sentiasa di hadapan komputer lagi kerana kerja akaun dan invois boleh dibuat menggunakan tablet sahaja. Tengah tengok wayang pun boleh buat invois.

3. Track dan pantau setiap task kerja menggunakan aplikasi Asana

Run Bisnes Online Wan Syafiq
Pantau task dan kerja.

Task kerja saya adalah perkara utama dalam bisnes. Biasanya saya perlu uruskan 4-7 projek dalam satu masa. Setiap projek sama ada laman web, design, video dan pemasaran mempunyai banyak pecahan task tersendiri.

Jika tidak diuruskan dengan baik kerja-kerja ini, akan banyak yang tertinggal dan runsing nak buat mana satu dulu.

Sistem Asana ni saya pasang di tablet dan diletakkan di antara paparan utama supaya mudah track task kerja saya tanpa perlu pening kepala nak fikir atau nak ingat.

4. Guna Adobe Creative Cloud untuk software dan cloud storage

Run Bisnes Online Wan Syafiq
Run Bisnes Online Wan Syafiq

Saya adalah pengguna Adobe Creative Suite di mana banyak software daripada Adobe saya gunakan untuk bangunkan laman web, animasi, design, video, dan content creation lain.

Fail-fail kerja saya kemudiannya disimpan secara cloud supaya selamat dan mudah untuk diakses menggunakan peranti lain.

Untuk fail video, saya tidak menggunakan Adobe Clound kerana space yang tidak begitu besar. Saya masih menyimpan fail tersebut menggunakan cakera keras di rumah.

5. Pelbagaikan sumber trafik ke laman web dan profil FB

Run Bisnes Online Wan Syafiq
Run Bisnes Online Wan Syafiq

Kalau nak cerita tentang marketing memang panjang lagi sebenarnya. Tetapi secara ringkasnya, saya membina banyak platform konten yang berbeza dan collaborate dengan syarikat lain untuk menghasilkan sesuatu.

Hasilnya, semua platform tersebut membawa trafik atau orang ke laman web dan ke akaun FB saya. Trafik yang berkunjung ke laman web dan akaun FB saya adalah trafik yang telah percaya pada saya.

Itu sangat membantu brand diri saya dan brand-kan bisnes saya. Hasilnya prospek yang inginkan servis saya biasanya memang sudah percaya pada saya.

Ini adalah antara faktor besar keberlangsungan bisnes saya selain daripada rezeki yang Allah hadiahkan untuk saya dan keluarga.

BACA: 8 Pengalaman Dan Kesilapan Saya Selama 2 Tahun Berbisnes