Kisah ini diceritakan oleh Kjeld Kirk Kristiansen, cucu kepada Ole Kirk Christiansen, pengasas kepada LEGO, permainan plastik berwarna yang bisa menimbulkan kegembiraan dan kelekaan kepada anak-anak.

Sejarah LEGO bermula pada tahun 1932, di sebuah bengkel pertukangan kayu. Semuanya bermula dalam krisis ekonomi yang teruk, Ole terpaksa menutup perniagaan pertukangan kayunya. Beliau terpaksa membuang pekerjanya yang terakhir disebabkan kekangan wang yang teruk. Dan tidak lama selepas itu, beliau kehilangan isterinya yang tersayang.

BACA: 12 Kegunaan LEGO Yang Mungkin Tidak Pernah Kita Bayangkan
BACA: Kalendar LEGO Ini Boleh Juga Digunakan Secara Online

Demi menjaga empat orang anak lelakinya, Ole tidak berputus asa. Beliau mencari idea untuk menjana kewangan, dan terfikir untuk mula membuat permainan. Dan dari situlah legasi bisnes Lego bermula.

Terlalu banyak pelajaran bisnes yang kami dapati dari video berdurasi 5 minit ini. Bagaimana dengan anda? Apakah yang anda pelajari?

Bincangkan di bawah.

Like page The Vocket di Facebook