Masih ingat lagi pada tahun lalu, Bitcoin berjaya menjadi fenomena di Malaysia sehinggakan wujudnya pelbagai skim bersandarkan bitcoin. Industri melombong bitcoin juga tidak kurang hebatnya sehinggakan kad grafik di kedai sering kehabisan stok.

Pada tahun ini, lain ceritanya apabila bitcoin didedahkan dengan pelbagai masalah meskipun masih lagi menjadi kripto wang yang dominan dan termahal. Berdasarkan laporan daripada Bloomberg, para penjenayah khususnya mereka yang menjalankan transaksi di dark web lebih gemar menggunakan Litecoin berbanding Bitcoin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MW-GD320_vangua_20180208082513_ZH

Hal ini disebabkan cas transaksi bitcoin yang lebih tinggi serta kurang efisien berbanding Litecoin. Spekulasi yang melanda Bitcoin juga antara yang membuatkan kripto wang ini dilihat sebagai kripto wang yang berisiko tinggi.

Setakat ini, Bitcoin masih lagi kripto wang termahal manakala Litecoin ditempat keenam sebagai kripto wang paling bernilai. Penerimaan yang tinggi di dark web antara yang membuatkan Litecoin mempunyai harga yang tinggi.

U5drzEYRbWswocajeL6Xcs6LEhyk4MN_1680x8400

Buat anda yang melabur dalam kripto wang, sekiranya anda masih berpendapat kripto wang merupakan instrumen melabur yang terbaik, adalah dinasihatkan untuk anda melabur dalam beberapa jenis kripto wang berbeza untuk mengurangkan risiko sekaligus meningkatkan peluang anda untuk memperoleh keuntungan.

Sumber