Menyebut tentang Bitcoin, kami yakin ramai yang cukup kenal dengan kriptowang yang berjaya mencipta fenomena pada akhir tahun 2017 ini. Peningkatannya yang mendadak pada ketika itu sekaligus membuatkan ramai yang berminat untuk mendapatkannya. Tidak kurang juga mereka yang menjadikan Bitcoin sebagai bahan MLM.

Berikutan peningkatan pengguna yang mula terlibat dalam kriptowang, perbincangan mengenai hukum kriptowang dikaji dengan lebih terperinci sebelum mengeluarkan fatwa buat orang ramai.

is-bitcoin-halal

Berdasarkan kajian Muhammad Abu-Bakar selaku panel syariah institusi kewangan Indonesia, beliau berpendapat hukum bertransaksi menggunakan Bitcoin adalah halal. Selain itu, panel syariah daripada Jerman juga turut bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Muhammad Abu-Bakar.

Berikutan pengesahan hukum syariah yang diumumkan, didapati harga Bitcoin turut meningkat lebih $1,000. Jelas berita memain peranan yang penting dalam peningkatan dan penurunan sesebuah nilai kriptowang.

Dr Zaharuddin selaku panel syariah yang arif mengenai kewangan Islam turut mengeluarkan pendapat mengenai Bitcoin. Menurut beliau, membeli Bitcoin untuk menyimpan nilai adalah harus hukumnya. Dalam erti kata lain membeli Bitcoin untuk melawan kesan inflasi yang berlaku setiap tahun.

Dalam pada itu, adalah dinasihatkan buat para pengguna menyelidik dan memahami terlebih dahulu mengenai kriptowang untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa scam atau ejen e-wallet yang tidak bertanggungjawab.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤