Buat pertama kali sejak terciptanya Bitcoin pada tahun 2009, nilai Bitcoin adalah lebih tinggi dari harga emas sedunia. Currency digital yang semakin popular ini dinilai pada harga USD1,238.11 USD berbanding USD1,237.73 1oz emas.

Pasti ramai yang masih tidak tahu apakah Bitcoin dan bagaimana untuk menggunakan Bitcoin ini? Kami juga sebenarnya tidak pernah membuat sebarang transaksi menggunakan Bitcoin ini. Bitcoin adalah sejenis mata wang digital yang dicipta dan digunakan secara elektronik. Tiada siapa yang mengawal nilai Bitcoin ini. Ianya tidak dicetak seperti matawang Euro, Dollar atau Ringgit.

Matawang Bitcoin ini dicipta oleh seorang software developer bernama Satoshi Nakamoto. Tujuan Bitcoin dicipta adalah sebagai alternatif untuk sebarang pembelian barangan secara online. Disebabkan Bitcoin ini tidak dikawal oleh mana-mana sistem perbankan di dunia, jadi anda boleh terus transfer wang anda ke akaun Bitcoin orang yang anda sedang berurusan tanpa melalui bank. Untuk penerangan lebih tentang Bitcoin ini, anda boleh lihat pada video di bawah.

Tetapi mata wang digital ini juga penuh dengan kontroversi. Matawang Bitcoin ini memang sangat popular dalam deep web. Deep web adalah tempat urusan secara online di mana anda boleh membeli apa sahaja dari senjata api, dadah, informasi kad kredit dan apa sahaja yang anda mahu. Kalau anda nak tahu bagaimana untuk akses dan berurusan di deep web ini, anda boleh baca di sini. Tetapi kami tidak galakkan anda mengakses dark web dan jangan tanya kenapa.

Disebabkan Bitcoin ini tidak dikawal oleh mana-mana agensi bank, ianya sangat terdedah kepada fraud. Kalau anda memang ada knowledge yang sangat hebat dalam ilmu coding, anda mungkin boleh buat diri anda seorang jutawan Bitcoin. Jadi kita sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak pastikan yang Bitcoin yang ada dalam akaun anda itu legit ataupun tidak.

Boleh dikatakan, jika anda jutawan Bitcoin sekalipun, anda tidak boleh gunakannya untuk pembelian harian ketika ini. Anda tak boleh bayar makanan anda menggunakan Bitcoin. Anda kena guna wang ringgit. Mungkin bukan sekarang. Jauh lagi perjalanan Bitcoin ini untuk menjadi satu currency yang boleh diguna pakai secara menyeluruh di seluruh pelusuk dunia.

Walaupun emas adalah investment paling bernilai dan selamat, nampaknya Bitcoin sudah menjadi semakin popular dan ramai mula yakin dengan matawang digital ini. Tetapi Bitcoin terlebih dahulu perlu meyakinkan majoriti yang lain supaya ianya boleh menjadi pelaburan alternatif kepada emas.

Pada tahun 2015, nilai Bitcoin pernah jatuh ke paras USD200 per 1oz dan nilai Bitcoin ini turun naik; tidak seperti emas yang sentiasa stabil grafnya. Ada yang pernah berurusan menggunakan Bitcoin ini? Kami amat berbesar hati jika anda boleh berkongsi kisah Bitcoin anda dengan kami.

P/S: Jika anda ingin cuba bermain mata wang Bitcoin ini, segala risiko adalah di tangan anda sendiri. Berhati-hati dan rujuk pada yang pakar jika ingin mencuba.

Sumber