Kita kini sudah berada di penghujung tahun 2022 dan pelbagai peristiwa besar yang telah berlaku menerusinya. Google pula sudah menjadi satu tempat carian informasi yang sering digunakan oleh semua orang.

Google Malaysia kini telah berkongsi informasi menarik berkenaan carian popular yang dibuat oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun ini. Terdapat pelbagai kategori yang dikongsikan berkenaan carian tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Google Malaysia

Antara carian popular paling teratas di Malaysia untuk sepanjang tahun ini adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang mana menjadi tumpuan rakyat Malaysia dalam mencari maklumat dan mengesahkan kelayakan mereka untuk menerima bantuan.

Malah, enam daripada 10 carian tersohor ini melibatkan kerajaan termasuklah bantuan PerantiSiswa dan juga Pilihanraya umum baru-baru ini. Antara carian sohor lain adalah Piala Dunia 2022 yang sememangnya menjadi fenomena pada ketika ini.

Sumber Gambar: Google Malaysia

Untuk carian popular personaliti tempatan, PM ke-10 Malaysia iaitu Anwar Ibrahim telah muncul di tempat pertama malah tersenarai di tempat ke-8 menerusi carian popular teratas sepanjang tahun 2022.

Selain itu, Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi juga antara personaliti tempatan popular yang dicari oleh warga tempatan lebih-lebih lagi selepas dihadap ke mahkamah.

Sumber Gambar: Spiegel

Sementara itu, nama mendiang Queen Elizabeth turut dilihat antara terma yang popular dicari oleh orang ramai disebabkan berminat mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan legasi pemerintahannya yang mencapai 70 tahun.

Difahamkan terma tempat menarik mulai menjadi perhatian ramai yang menampilkan sejumlah carian popular  seperti Genting Highlands, Lala Port, Sunway Lagoon dan LEGOLAND Malaysia.

Untuk bahagian carian filem tersohor, Mat Kilau kekal menjadi nombor satu selepas berjaya menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah ditonton oleh seantero dunia.

Menerusi rangkuman Year in Search 2022, kita dapat melihat para pengguna internet sangat aktif membuat carian berkaitan bantuan kerajaan dan juga kejohanan bola sepak. Untuk melihat senarai penuh mengikut kategori, anda boleh klik di sini.

Sumber