Seminggu sebelum 28 November 2014 yang lalu menyaksikan banyak promosi Black Friday dari kedai-kedai online yang naik di newsfeed Facebook kita. Nilai diskaun yang menarik pasti membuatkan kita rasa teruja.

Di US, Black Friday bukan sekadar berlaku di atas talian internet sahaja. Kedai-kedai besar terutama barangan elektronik turut terlibat dengan Black Friday yang berlangsung sehari selepas Thanksgiving Day.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bunyi macam best dapat beli barang dengan diskaun yang gila-gila sehingga diikuti negara-negara lain seperti UK dan India selepas Black Friday diadakan setiap tahun di US sebagai hari pembuka jualan murah bagi persediaan menyambut Christmas.

Hakikatnya, Black Friday boleh menjadi hari shopping yang mengerikan. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang lemah.

Saksikan apa yang berlaku pada Black Friday 2014, Jumaat lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=UKaQcYyChp4

Wah! Seperti aksi di dalam filem apabila kedai di pecah masuk kan?

Pasti kita tertanya-tanya adakah ada kematian atau kecederaan apabila begitu sekali mereka berebutkan barangan jualan. Jawapannya YA! Sebuah laman web Black Friday Death Count telah dibuat untuk mencatat kejadian-kejadian tersebut!

black-friday-death

Disebabkan oleh keganasan yang berlaku semasa membeli-belah (baca: berebut dan bergaduh), tidak semua orang bersetuju dengan Black Friday kerana ia seakan-akan merosakkan Thanksgiving Day yang berlaku sehari sebelum itu.

Top 10 Kejadian Buruk Yang Berlaku Sepanjang Black Friday Di US

https://www.youtube.com/watch?v=M-rsu7qN13E

LIKE Facebook The Vocket