Walaupun Aquaman berjaya membuat kutipan sebanyak USD1.09 billion (~RM4.48 bilion) pada 2018, ianya masih belum cukup kuat meyakinkan DC Comics dan Warner Bros. untuk memulakan penggambaran filem kedua Aquaman.

Walaupun telah diumumkan filem ini akan ditayangkan pada 2022, namun pembikinan filem ini masih senyap tanpa khabar berita. Peminat mula tertanya-tanya sama ada filem ini diteruskan ataupun sudah dibatalkan. Nampaknya filem ini tetap akan berlangsung dan ditayangkan pada tarikh tersebut.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Berita ini disahkan sendiri oleh pelakon yang membawa watak Black Manta di dalam filem Aquaman, Yahya Abdul Mateen II. Beliau mengatakan bahawa filem Aquaman 2 benar akan berlaku dan beliau akan sekali lagi membawa watak penjahat Black Manta.

“Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada filem itu. Black Manta akan kembali dan diharapkan dia akan menyebabkan lebih banyak masalah lagi dalam filem kedua berbanding daripada yang dia lakukan dalam yang pertama,” katanya di dalam temu bual bersama Uproxx.

Tidak ada yang perlu dirisaukan kerana Warner Bros. masih ada 2 tahun untuk menjayakan filem Aquaman 2. Dengan kejayaan filem Joker di seluruh dunia, ia pastinya morale boost buat Warner Bros. untuk terus menghasilkan filem hebat selepas ini.

Terdahulu sebuah spin-off Aquaman berjudul The Trench diumumkan oleh pihak Warner Bros. Picture. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Aquaman Bakal Tampil Dengan Filem ‘Spin-Off’ Tanpa Jason Momoa

Warner Bros Umum Aquaman 2 Bakal Ditayangkan Pada 2022

Anda Mungkin Suka