Tiada yang dapat menghentikan Black Panther dari terus memecahkan rekod filem Marvel. Terbaru, Black Panther cuma memerlukan 4 hari untuk memecahkan rekod kutipan domestik Justice League. Walaupun filem Justice League tetap membuat keuntungan, tetapi dengan bajet besar filem berkenaan, keuntungannya tidak seperti yang diharapkan.

Untuk kutipan hujung minggu pertama, Black Panther telah membuat kutipan USD235 juta an sebagai perbandingan, Justice League cuma membuat kutipan USD228.6 juta sepanjang ianya ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat. Dan Black Panther masih ada beberapa minggu lagi sebelum ianya tamat ditayangkan di pawagam.

Justice League

Ini hanyalah perbandingan kutipan di dalam negara dan masih belum lagi kutipan di seluruh dunia. Kutipan dunia untuk Black Panther setakat ini adalah USD428.6 juta dan sebagai perbandingan sekali lagi, Justice League menutup tirai Box Office mereka seluruh dunia dengan kutipan USD657.4 juta.

Filem arahan Ryan Coogler ini sudah pun memecahkan beberapa rekod yang lain antaranya filem arahan pengarah kulit hitam dengan kutipan tertinggi, filem superhero solo dengan kutipan tertinggi mengalahkan Iron Man dan filem non-sequel dengan kutipan tertinggi.

Black Panther secara mudah dapat mengutip setengah billion USD dalam minggu akan datang dan mungkin boleh membuat kutipan USD1 billion di akhir tayangan. Pasti tersenyum T’Challa dari Wakanda mendengar rekod-rekod yang dipecahkan beliau. Anda yang belum menonton Black Panther, silalah ke pawagam.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group