Anugerah berprestij Academy Award atau lebih dikenali sebagai Oscar sememangnya menjadi impian setiap penggiat seni lakonan. Kini proses penilaian pencalonan dan akan berakhir bulan hadapan, semalam pihak Oscar telah mengumumkan senarai pendek 9 buah kategori yang bakal dipertandingkan.

Apa yang menarik perhatian orang ramai ialah karya Marvel Studios telah tercalon dalam 7 kategori daripada keseluruhan yang telah diumumkan. Antara karya yang tercalon ialah filem ‘Black Panther’, ‘Ant-Man and the Wasp’ dan ‘Avengers: Infinity War’. ‘Black Panther’ tercalon dalam kategori ‘Makeup and Hairstyling’, ‘Original Score’, ‘Original Song’ dan ‘Visual Effect’ manakala ‘Avengers: Infinity War’ telah dicalonkan dalam kategori iaitu ‘Original Score’ dan Visual Effect’ dan ‘Ant-Man and the Wasp pula dicalonkan dalam kategori ‘Visual Effect’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
kevin-feige-header
Presiden Marvel Studios, Kevin Feige

Menurut presiden Marvel Studios, Kevin Feige, beliau sememangnya mengharapkan ‘Black Panther’ untuk memenangi anugerah yang telah dicalonkan memandangkan kebiasaanya genre filem tersebut semeangnya tidak mendapat perhatian daripada pihak juri.

Baginya jika ‘Black Panther’ berjaya memenangi anugerah, ianya akan menjadi amat bermakna untuk semua pihak yang bertungkus-lumus bekerjasama dalam menghasilkan filem tersebut. Pada pandangan anda kategori manakah yang akan dimenangi oleh filem tersebut?

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber