Harapan peminat ‘Black Panther’ untuk filem tersebut melayakkan diri ke peringkat akhir pencalonan Filem Terbaik Academy Awards (Oscars) baru sahaja terlaksana semalam apabila panel juri telah mengeluarkan senarai akhir filem yang tercalon dalam kategori tersebut.

Pencalonan ‘Black Panther’ dalam kategori Filem Terbaik sebenarnya telah mencipta rekod tersendiri sebagai filem superhero pertama yang berjaya tercalon semenjak pertama kali acara Academy Award diperkenalkan 91 tahun yang lalu. Turut disenaraikan dalam kategori tersebut ialah ‘The Favorite’, ‘Bohemian Rhapsody’, ‘Green Book’, ‘Roma’ dan ‘A Star Is Born’.

Filem ‘Roma’ tahun ini telah mencatatkan rekod sebagai filem paling banyak dipertandingkan iaitu sebanyak 10 pencalonan dalam kategori berlainan. Acara anugerah berprestij ini akan dibawakan secara langsung dari Dolby Theater, Los Angeles pada 25 Februari depan jam 9 pagi waktu Malaysia.