Tahniah diucapkan kepada pasukan produksi filem Black Panther kerana menurut Disney, filem ini sudah pun melepasi kutipan USD1 billion untuk kutipan tayangan di seluruh dunia.

Rekod demi rekod dipecahkan oleh filem Black Panther ini dan Black Panther cuma memerlukan sedikit masa sahaja lagi untuk melepasi kutipan The Dark Knight (USD1 billion), The Dark Knight Rises (USD1.08 billion) dan juga Captain America: Civil War (USD1.154). Namun mungkin sedikit sukar untuk Black Panther mengalahkan kutipan filem terbaik Marvel, Avengers: Age Of Ultron (USD1.4 billion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem ini menerima review yang baik daripada pengkritik filem kerana menerapkan unsur-unsur traditional Afrika di dalamnya dan bukan hanya sekadar hype sahaja.

Dalam berita lain, Marvel mengesahkan akan ada watak Avengers terbunuh dalam Infinity War nanti. Siapa gerangan watak yang akan terkorban nanti?

Sumber