Pawagam yang pertama yang akan dibuka di AMC Cinema, yang dibina di King Abdullah Financial District Riyadh, Arab Saudi akan menampilkan filem Black Panther sebagai filem pertama yang ditayangkan bersempena pembukaan pawagam tersebut. Filem Black Panther ini akan ditayangkan pada 18 April nanti.

Untuk pengetahuan anda, bangunan pawagam ini asalnya dibina untuk konsert simfoni dan mengandungi 500 kerusi leather, tingkat orkestra dan balkoni serta bilik air marmar. Menurut perjanjian antara kerajaan Arab Saudi dan AMC Entertainment Holdings 40 buah lagi pawagam akan dibina di negara tersebut dalam masa 5 tahun.

amccinemas

Black Panther yang pertama kali ditayangkan pada 29 Januari di Hollywood mencatatkan rekod jualan yang hampir mengalahkan rekod jualan filem Titanic yang bertahan selama 21 tahun.

Setakat ini Black Panther hanya memerlukan $5 juta (~RM19.37 juta) untuk mengalahkan rekod jualan filem Titanic. Mungkin dengan pembukaan pawagam di Arab Saudi mampu melonjak jualan Black Panther sekaligus memecah rekod legend Titanic.