Nampaknya filem Black Panther menjadi filem pertama Marvel Studio yang memenangi anugerah dalam Oscar. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dengan dua anugerah telah dimenangi iaitu rekaan kostum terbaik dan rekaan set produksi terbaik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemenangan ini bukanlah satu yang mengejutkan berikutan filem ini hit di pawagam mencapai kutipan box office $1.347 billion di seluruh dunia. Malah, semasa tayangan filem tersebut, filem tersebut menjadi pilihan orang ramai untuk menonton kerana ingin menyaksikan T’Challa menjadi raja.