Antara filem yang paling di tunggu-tunggu peminat filem terutamanya peminat franchise Marvel Studios ‘Black Panther’ akan ditayangkan secara rasmi esok. Sudah ada pawagam yang menawarkan tayangan awal pada malam ini dan dengar-dengar, semuanya hampir ‘sold out’.

Black Panther diarah oleh Ryan Coogler dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Chadwick Boseman (T’Challa a.k.a Black Panther), Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker dan Andy Serkis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sedikit tentang Black Panther. Selepas kematian bapanya, T’Challa kembali ke negaranya, Wakanda untuk menjadi pewaris takhta pemerintahan Wakanda. Tanpa beliau sedari, musuh sudah memerhatikan T’Challa dari jauh dan konflik mula muncul untuk menghuru-harakan Wakanda dan seluruh dunia.

Kami sudah menonton filem ini ketika tayangan perdana semalam dan di sini review kami tanpa spoiler untuk filem King Wakanda ini.

1. Jalan cerita

Filem Black Panther ini diteruskan jalan ceritanya dari ‘Captain Amerika: Civil War’ di mana T’Challa pulang ke negaranya, Wakanda untuk mengambil alih pemerintahan negara Wakanda dari bapanya.

Negara Wakanda terdiri daripada 5 tribe yang hidup secara aman selepas adanya Black Panther. Namun sebelum beliau menjadi raja yang terbaru, setiap puak ini boleh mencabar bakal raja mereka untuk peluang menjadi raja Wakanda. Itulah tradisi yang ada di Wakanda.

Tidak perlu pening kepala anda anda belum tengok filem Civil War kerana diselitkan juga sedikit footage dari Civil War dalam Black Panther ini. Mungkin juga salah satu cara untuk refresh memori kita kepada watak Black Panther ini.

2. Character development

Black Panther

Selepas berbelas filem Marvel sebelum ini, memang tidak menjadi masalah untuk produksi filem Black Panther untuk memperkenalkan watak-watak yang ada dalam filem ini. Flow pengenalan watak baik dan tidak mengelirukan. Saya suka watak adik kepada T’Challa yang merupakan seorang yang playful tetapi sangat bijak. Tengoklah apa yang beliau cipta untuk Black Panther nanti.

3. OST yang padu

Tidak dapat dipisahkan culture muzik hip hop dengan orang kulit hitam. Dari segi pemilihan lagu dan original soundtrack (OST), ianya sangat bersesuaian dengan filem ini. Lagu soundtrack serta lagu latar untuk setiap babak memang sangat on point dan kena pada masanya. Anda boleh rasa ‘feel’ Afrika itu kuat dalam filem ini.

Kendrick Lamar, artis hip hop Amerika Syarikat dilantik menjadi producer untuk album Black Panther dan nyata beliau tidak mengecewakan.

4. Erik Killmonger

Black Panther

Bagi saya, Killmonger adalah salah satu watak villain Marvel yang ada gaya. Watak beliau bagi saya kuat dan perincian seperti torehan pada badan beliau memang sangat awesome. Cacahan kulit pada Killmonger ini juga adalah salah satu tradisi kaum di Afrika dan pengarah berjaya menyelitkan perincian sebegini dalam Black Panther.

Beliau juga menjadi jahat kerana dendam. Apa dendam kesumat beliau terhadap Wakanda? Yang ini anda kena ke pawagamlah untuk cari jawapannya.

Secara keseluruhannya, filem Black Panther ini unik dengan caranya yang tersendiri. Black Panther tidak memerlukan watak kulit putih pun untuk menjual filem ini. Mana nak cari filem superhero yang mana hampir kesemua pelakonnya berkulit hitam dan bercakap dalam pelat Afrika? Cakap pelat Afrika ini juga menambah keunikan filem ini dan saya sukakannya.

Saya bersetuju dengan rakan-rakan yang menonton filem ini bersama semalam di mana filem ini bukanlah filem terbaik Marvel kerana secara peribadi, Civil War adalah filem terbaik Marvel setakat ini. Itu pun sebab lambakan superhero yang ada dalam filem berkenaan.

Black Panther pula berseorangan dalam filem ini tetapi itu tidak menjejaskan filem ini. Kami bagi rating 8/10 untuk filem ini. Tetapi disebabkan lagu-lagunya yang hebat serta end credit yang berbaloi untuk ditunggu, kami tambah rating ini kepada 9/10. Ada hint Infinity War pada end credit Black Panther ini. Apa tunggu lagi? Boleh survey tiket dan saksikan sendiri Black Panther beraksi di pawagam. Memang terbaik.