Xiaomi melalui sub-jenama Black Shark merupakan siri telefon pintar yang memfokuskan kepada pengguna yang mahukan kepuasan berganda apabila bermain game. Rekaannya yang tampak lebih memukau dengan gabungan warna hitam dan hijau serta spesifikasinya yang hebat antara yang membuatkan model ini menjadi pilihan para gamer.

Pada hari ini, Black Shark melalui model terbaru mereka Black Shark 2 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Lebih menarik, Malaysia dipilih sebagai antara negara terawal yang menawarkan telefon pintar terbaru ini.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Black-Shark-2-e1553000924813

Dari segi spesifikasi Xiaomi Black Shark 2 hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED. Penawaran skrin tanpa sebarang takuk sekaligus memberikan pengalaman bermain game yang lebih selesa buat para pengguna.

Processor yang digunakan pada Xiaomi Black Shark 2 adalah Snapdragon 855 dan dibantu dengan RAM 12 GB serta GPU Adreno 640. Sokongan QuickCharge 4.0 bagi bateri berkapasiti 4,000mAh pastinya mempercepatkan tempoh pengecasan.

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi semata-mata, model ini turut memberi penekanan pada bahagian kamera dengan penyertaan dwi-kamera 48-megapixel dan 12-megapixel manakala kamera hadapan dengan 20-megapixel. Model ini turut ditawarkan bersama beberapa aksesori khas khususnya untuk bermain game.

Xiaomi-Black-Shark-2-design-4-840×472

Terdapat dua variasi model yang ditawarkan buat Xiaomi Black Shark 2 dimana model 8GB RAM dengan 128GB ruang storan ditawarkan pada harga RM2,499 manakala model 12GB RAM dengan 256GB ruang storan ditawarkan pada harga RM2,999Dua warna yang ditawarkan buat pengguna di Malaysia adalah Shadow Black dan Frozen Silver.

Buat pasaran Malaysia, Black Shark telah bekerjasama bersama Shopee dan Lazada khusus buat pengguna mendapatkannya. Melalui penawaran yang ditawarkan, anda berpeluang mendapatkan diskaun RM100 serta headphone percuma daripada Fujitsu berharga RM399. Penawaran ini khas buat 200 pembeli terawal melalui Shopee.

Anda Mungkin Suka