Sebut mengenai jenama BlackBerry sekitar sedekad yang lalu, pasti ramai yang mengidamkannya. Rekaannya yang tampak premium, moden dan praktikal membuatkan model daripada siri Curve dan Bold menjadi pilihan.

Dalam pada itu, populariti model-model keluaran BlackBerry dilihan semakin menurun selepas orang ramai mulai beralih kepada telefon dengan skrin sesentuh penuh dimana pada ketika itu BlackBerry dilihat sangat lambat untuk mengikuti trend semasa dengan masih lagi mengekalkan keyboard fizikal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BlackBerry-5G-smartphones-Onward-Mobility

Menerusi laporan terbaru, selepas TCL menamatkan kerjasama bersama BlackBerry, jenama ini sedia berkolaborasi dengan OnwardMobility dan FIH Mobile dalam menawarkan model terbaharu seawal tahun 2021.

Berkemungkinan masih yakin dengan pemilikan peminat keyboard fizikal, model terbaharu BlackBerry ini sekali lagi bakal disertakan dengan keyboard fizikal dengan sokongan rangkaian internet 5G.

5b1855af1ae66254008b4998
Sumber: Business Insider

Walau bagaimanapun, model ini mungkin agak sukar untuk didapatkan di Malaysia memandangkan BlackBerry mungkin akan menawarkan model ini buat pasaran Amerika Utara dan Eropah sahaja setakat ini. Sama-sama kita nantikan apa lagi pembaharu terbaru yang bakal dibawakan pada model terbaru jenama yang penuh dengan sejarah ini.

Pada Februari lalu, TCL telah mengumumkan pengakhiran kepada pengeluaran telefon pintar keluaran BlackBerry. Jenama ini juga dilaporkan telah menutup servis BlackBerry Messenger pada tahun lalu.

Pengeluaran Telefon Keluaran BlackBerry Bakal Ditamatkan TCL Tahun Ini

Aplikasi BlackBerry Messenger Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada 31 Mei Ini