Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak sistem operasi Android dan iOS menjadi pilihan pengguna, trend orang ramai menggunakan BlackBerry didapati semakin berkurangan. Dalam usaha untuk meningkatkan balik jenama yang terkenal dengan keyboard fizikal ini, BlackBerry sebelum ini telah memperkenalkan beberapa smartphone terbaru yang menggunakan Android.

Terbaru, BlackBerry dikatakan bakal memperkenalkan sebuah lagi model terbaru yang bakal menggantikan model BlackBerry KeyOne yang bakal dinamakan sebagai ‘Athena’.

BlackBerry-Athena-2-877×1024

Melalui model ini, BlackBerry bakal dikuasakan dengan Snapdragon 660 beserta RAM 6 GB. Menariknya, BlackBerry masih lagi mengekalkan keyboard fizikal khusus buat para penggemarnya. Berdasarkan review model sebelum ini, didapati para pengguna sangat berpuas dengan keyboard yang disertakan.

Model ini juga bakal menjadi model pertama BlackBerry dengan dwi-kamera. Difahamkan model ini bakal mula diumumkan secara rasmi oleh BlackBerry tidak lama lagi. Pada pendapat anda, mampukah penyertaan keyboard fizikal menjadi trend kembali dikalangan pengguna smartphone?

Anda Mungkin Suka