Disaat Samsung Galaxy Note 7 dan iPhone terbaru membanjiri berita teknologi ketika ini, Blackberry bijak mencuri tumpuan dengan mengumumkan telefon terbaru mereka sebagai telefon paling selamat atau secure di dunia. Boleh saya katakan sebuah statement yang sangat berani daripada Blackberry.

Blackberry-NEON-DTEK-50-smartphone

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Blackberry DTEK50 merupakan telefon kedua keluaran Blackberry yang menggunakan sistem operasi Android serta penggunaan touchscreen secara penuh. Mungkin jika diukur melalui spesifikasi Blackberry tidak mampu mengejar pesaing yang lain, syarikat ini berjaya mencari sebuah unique selling point melalui ciri keselamatan yang ketat.

Melalui sistem sekuriti ini, Blackberry DTEK50 dilengkapi dengan teknologi dimana mampu encrypt segala informasi pengguna termasuk data peribadi, gambar, video dan contact pengguna dengan baik. Protection pada malware juga disertakan pada telefon serta beberapa lagi ciri khas yang bakal melindungi data pengguna.

thumb-copy

Dari segi spesifikasi boleh dikatakan DTEK50 sebagai telefon kategori midrange. Menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 617, RAM 3GB serta skrin bersaiz 5.2-inci mengigatkan kami kepada telefon flagship 2 atau 3 tahun yang lepas. Dalam pada itu, Blackberry DTEK50 masih mampu menjalani Android 6.0 Marshmallow atau dalam erti kata lain serve the purpose sebagai telefon pintar golongan bisnes atau bukan heavy user.

Menariknya, walaupon telefon ini mempunyai kekemasan yang premium serta ciri yang unik, Blackberry bersedia untuk menawarkan telefon ini dengan harga yang berpatutan iaitu USD299 (~RM1215). Jika anda banyak menyimpan data peribadi yang agak ‘berharga’ mungkin telefon ini adalah yang terbaik buat anda.

Sumber