Pernah menjadi kegilaan ramai berikutan penawaran fungsi BlackBerry Messenger atau lebih dikenali dengan nama BBM, syarikat ini ternyata gagal untuk bersaing bersama jenama-jenama smartphone yang lain berikutan kelewatan dalam membuat inovasi.

Terbaru, BlackBerry dilaporkan telah bersedia untuk menyaman syarikat media sosial terbesar iaitu Facebook berikutan pelanggan paten BBM.

maxresdefault (1)

Berdasarkan laporan yang dibuat BlackBerry, Facebook Messenger dan WhatsApp telah menggunakan konsep yang sama seperti BBM. Penawaran fungsi permesejan tanpa dikenakan cas telco serta penawaran fungsi-fungsi lain antara yang menjadi punca.

Isu saman ini menjadi lebih menarik apabila wakil daripada pihak Facebook turut mengeluarkan komen. Beliau berpendapat apa yang dilakukan BlackBerry ini hanyalah sebagai gimik untuk menaikkan jenama ini selepas gagal untuk menawarkan smartphone yang terbaik buat para pengguna. Boleh tahan epik juga komen daripada wakil Facebook ini.

blackberry-keyone-black-edition-ifa-12

Setakat ini, masih belum terdapat kata putus sama ada Facebook ‘meniru’ BBM atau sebaliknya. Pihak Facebook juga dikatakan bersedia untuk membawa kes ini kepada pihak atasan.