Sekiranya pada minggu lalu Asus baru sahaja melancarkan ROG Phone 2, Xiaomi dibawah jenama dibawah kendaliannya, BlackShark pada minggu ini telah melancarkan model gaming terhebat mereka iaitu BlackShark 2 Pro. Model ini ditampilkan sebagai model kemaskini kepada BlackShark 2.

Mengetahui jenama Xiaomi, jenama ini tidak pernah lekang dalam menawarkan telefon pintar spesifikasi tinggi dengan harga mampu milik dan pada kali ini mereka sekali lagi berjaya merelisasikannya menerusi BlackShark 2 Pro.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →
image

Sumber: TNW

Dari segi spesifikasi, BlackShark 2 Pro dilengkapi dengan skrin 6.39-inci AMOLED serta hadir dengan teknologi pengimbas cap jari atas skrin. Bagi menawarkan pengalaman bermain game yang terbaik, model ini turut dilengkapkan dengan processor Snapdragon 855+ dan dipadankan bersama RAM 12GB.

Ruang storan yang ditawarkan pada model ini adalah 128GB manakala model dengan variasi lebih tinggi ditawarkan dengan ruang storan 256GB UFS 3.0. BlackShark 2 Pro hadir dengan kapasiti bateri 4000mAh.

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi dalaman semata-mata, BlackShark 2 Pro turut memberi penekanan pada bahagian kamera dengan penyertaan 48-megapixel dan 12-megapixel manakala kamera hadapan dilengkapkan dengan kamera 20-megapixel. Bagi menambah feel telefon pintar gaming, model ini turut disertakan dengan pencahayaan RGB pada bahagian belakang model ini.

Black-Shark-2-Pro-Official

Sumber: phoneradar

Menariknya, model ini hadir dengan harga yang sangat mampu milik berdasarkan spesifikasinya yang memukau. BlackShark 2 Pro mula ditawarkan dengan harga sekitar CNY 2,999 (RM1,800) sahaja. Sememangnya harga yang berbaloi untuk dimiliki. Walau bagaimanapun, model ini cuma ditawarkan di China setakat ini dan mungkin ditawarkan di negara-negara lain tidak lama lagi.

Anda Mungkin Suka