Marvel Studios memang tidak pernah mengecewakan. Selepas mengumumkan semua projek yang telah sah, Kevin Feige secara tiba-tiba mengumumkan ada satu lagi karya Marvel yang akan buat comeback iaitu Blade!

https://twitter.com/marveIstuff/status/1152760127520411653

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tanpa Blade, Marvel Cinematic Universe ini mungkin tidak akan terbentuk. Itulah peranan besar Blade yang mungkin ramai peminat MCU tidak tahu. Blade merupakan siri trilogi yang ditayangkan pada tahun 1998 hingga 2004 yang menampilkan Wesley Snipes sebagai Eric Brooks/ Blade.

Mahershala Ali telah dipilih untuk melakonkan watak Blade menggantikan Wesley Snipes untuk filem terbaru ini. Mungkin Disney akan ‘meluluskan’ Blade sebagai sebuah filem Rated-R, filem untuk tonton 18 tahun ke atas yang jarang mereka hasilkan untuk semua filem di bawah kendalian Disney.

Walaupun siri trilogi asal Blade juga dalam kategori Rated-R, ianya tetap laris di pawagam kerana pada tahun 1990an dan awal 2000, tiada filem daripada Marvel yang dihasilkan untuk tayangan di pawagam. Pada ketika itu, DC Comics sudah jauh ke hadapan dengan beberapa filem untuk Batman dan juga Superman.

Disebabkan itulah Blade merupakan siri penting kepada Marvel. Tanpa Blade, tiadalah projek MCU. Anda boleh menonton dokumentari tentang Blade di bawah. Nanti anda akan tahu, Blade adalah ‘wira sebenar’ untuk dunia MCU. Persoalannya, adakah Nick Fury sedar tentang kewujudan vampire di bumi?