Aktor legenda Hollywood, Harrison Ford kembali memegang watak beliau sebagai Rick Deckard untuk filem Blade Runner 2049. Filem Blade Runner yang asal sangat terkenal di tahun 80an diarah oleh pengarah terkemuka Ridley Scott, pengarah yang sama di sebalik siri hebat Alien.

Blade Runner ini adalah salah satu filem 80an yang mendapat status ‘cult’ sehingga menjadi reference untuk filem-filem Hollywood hebat yang lain. Filem ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti Ryan Gosling, Dave Bautista, Ana Der Amas dan Jared Leto. Dapatkah Blade Runner 2049 ini menjadi epik sama dengan filemnya yang pertama? Menurut pengkritik yang telah menyaksikan filem ini lebih awal, Blade Runner 2049 mungkin filem sci-fi/futuristik terbaik untuk tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan trailer dan cerita prekuel pendek yang dikongsi Warner Bros, nyata filem ini sangat istimewa dan berbeza. Akan mula ditayangkan pada hari Khamis minggu hadapan.