Kecoh baru-baru ini apabila terdapat seorang pelakon yang mengaku beliau merupakan pemegang PhD. Masalah melibatkan penipuan sijil pendidikan ini juga bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Pada tahun lepas, seorang public figure yang dikenali ramai turut terpalit dengan isu yang sama.

Dikatakan sijil pendidikan palsu ini mampu didapatkan secara atas talian dimana pengguna perlu membayar sejumlah bayaran demi segulung ijazah atau PhD palsu. Atas apa tujuan sekalipun haruslah kita akui tindakan ini merupakan perkara yang salah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
contoh sijil phd yang ditawarkan secara atas talian

Isu yang berlaku ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah mantan presiden Microsoft China, Tang Jun juga dikatakan telah memiliki sijil PhD dan diploma yang tidak diiktiraf. Sehingga kini China dikatakan sebagai pengeluar sijil palsu terbesar dimana pengguna berpeluang mendapat sijil diploma serendah $250 (~RM1055.62) sahaja.

Memandangkan isu ini turut melibatkan beberapa negara yang lain, pelbagai usaha telah dilakukan bagi membanteras isu ini. Jika sebelum ini, para pengguna berpeluang unutk menyemak status PhD seseorang di beberapa web terkemuka, kini sebuah lagi inisiatif baru telah dihasilkan melalui teknologi blockchain.

Bagaimana blockchain berfungsi?

what-is-the-blockchain

Secara asasnya, blockchain merupakan sistem lejar elektronik awam yang menyimpan data para pengguna. Data ini meliputi segala aspek termasuk maklumat individu, status kewangan, status kesihatan dan sebagainya. Setiap rekod ini disimpan secara rapi dan cuma beberapa pihak sahaja yang mampu mengaksesnya.

Dalam erti kata lain, data pendidikan seseorang dapat disemak melalui institusi pendidikan yang berdaftar. Menariknya mengenai teknologi blockchain adalah data pengguna yang didaftar tidak akan dimusnah dan diubah sebaik sahaja mendaftar info atau taraf pendidikan.

Memandangkan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh beberapa agen penawaran sijil palsu ini bersandarkan beberapa universiti terkemuka seperti University of Cambridge dan University of Oxford, pihak Universiti bakal berpeluang untuk menyemak sama ada seseorang individu memiliki sijil yang telus mahupun palsu.

960×0 (2)

Meskipun teknologi yang diperkenalkan ini sangat membantu dalam menyemak taraf pendidikan seseorang, usaha yang dilakukan ini boleh dikatakan masih baru lagi untuk dibandingkan bersama jumlah pengeluaran sijil di China.

Beberapa usaha dan pemantapan sekuriti masih lagi perlu dipertingkat bagi membanteras sekaligus membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat sah mengenai taraf pendidikan seseorang.

Baca lagi: Antara Doktor Gigi Palsu, Autodidacts Dan Mereka Yang Mengajar Diri Sendiri

Sumber