Mulai menyerang dunia sejak dari tahun 2019 sehingga kini, wabak ini dilihat seolah tidak menunjukkan tanda tamat pada waktu terdekat ini. Meskipun beberapa syarikat sudah mulai menghasilkan vaksin, program suntikan yang bakal diperluaskan ke seluruh dunia nyata mengambil masa yang panjang daripada apa yang orang ramai jangkakan.

Menerusi laporan Bloomberg selaku media yang mengumpul rekod COVID-19 terbesar, walaupun ratusan juta vaksin ditawarkan ke seluruh dunia, jumlah berkenaan masih belum cukup memastikan pandemik ini berakhir melihat kepada kadar keberkesanan vaksin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
4319492f-2f82-445b-9fef-ae8deda455bb
Sumber: Financial Times

Seperti yang ramai sedia maklum, kebanyakan vaksin yang dihasilkan kini mampu memberi imunisasi kepada badan dengan keberkesanan sekitar 90-95% dan bukannya 100%.

Selain itu, program suntikan vaksin yang tidak selaras seluruh dunia pastinya membezakan invidivu yang divaksin dan masih belum divaksin mengikut negara yang berbeza.

Sebagai perbandingan, Israel kini merupakan negara dengan jumlah penduduk menerima vaksin tertinggi di dunia dengan jumlah peratusan sebanyak 75% dalam tempoh dua bulan sahaja. Amerika Syarikat pula memaklumkan negara mereka dijangka siap menawarkan vaksin kepada para penduduk sekitar 2022.

GettyImages-1229685419
Sumber: Observer

Melihat kepada jangkaan yang dibuat Bloomberg, orang ramai nampaknya perlu mengamalkan norma baharu dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan SOP dalam tempoh yang lebih panjang.

Tular pada minggu lalu apabila kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous Malaysia telah menyerang laman web kerajaan Malaysia.

Bermula Dengan Amaran, Laman Web Kerajaan Malaysia ‘Diserang’ Anonymous Malaysia

Tidak Mahu Pekerja Hilang Kerja, Pengusaha Hotel Ini ‘Turun Padang’ Jual Makanan Serendah RM3

Sumber