Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tepat pada 25 Mac 2021, genap 214 tahun usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditubuhkan. Berikutan memperingati jasa PDRM, di sini kami ingin kongsikan satu kisah inspirasi mengenai Blossom Wong (kini berusia 83 tahun), bekas perisik wanita PDRM yang sentiasa berpakaian cheongsam dalam setiap misi undercover.

Digelar Blossom kerana meminati bunga

Blossom Wong atau nama sebenarnya Wong Kooi Fong dilahirkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Nama Blossom merupakan nama timangan beliau yang digelarkan oleh seorang ‘minah salleh’ juga merupakan isteri kepada Pegawai Daerah Sungai Besi yang pernah tinggal berdekatan dengan kawasan rumahnya.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

“Sejak kecil lagi saya sememangnya suka berkebun dan menanam bunga. Disebabkan itu, isteri kepada Pegawai Daerah itu memanggil saya dengan nama Blossom kerana saya seorang peminat bunga.

Menyertai pasukan polis selepas tamat pengajian

552f49f5b75ec2f1e86d40d2c66bfda8

Sumber: World of Buzz

Pada sekitar 1950-an, selepas berjaya menamatkan pendidikan di peringkat sijil peperiksaan Senior Cambridge (hari ini dikenali sebagai Sijil Pelajaran Malaysia), Blossom pad ketika itu langsung tidak terlintas untuk menyertai polis. Tambah pula, ibu bapanya lebih sokong beliau bekerja sebagai setiausaha syarikat atau guru.

“Bagi saya, mengajar itu membosankan dan menjadi setiausaha pula kena melayani boss sedangkan saya ini orang yang tidak suka dikongkong,” ujar beliau ketika ditemu ramah oleh wartawan News Straits Time.

Akan tetapi, beberapa bulan sebelum negara kita merdeka, Blossom menyertai pasukan polis. Minat Blossom terhadap pasukan polis muncul selepas beliau melihat anggota polis wanita yang membuat rondaan di sekitar Kuala Lumpur sambil tampil bergaya dengan seragam polis.

“Saya kemudiannya memohon untuk sertai pasukan polis secara senyap tanpa pengetahuan ibu dan ayah saya yang sekeras-kerasnya menyuruh saya menjadi guru,” ujarnya lagi.

Kerja polis undercover dikatakan kurang seronok

Setelah enam bulan menjalani latihan, pada 1 Ogos 1957, Blossom secara rasminya menjadi anggota polis dengan nama jawatan Supritenden (B) Blossom Wong Kooi Fong dan ditugaskan sebagai Inspektor dalam Cawangan Khas (SB) yang bertapak di Pulau Pinang. Beliau diberikan tugas sebagai perisik undervover menggunakan nama Blossom untuk mencari maklumat rahsia pergerakan komunis.

“Kerja sebagai ejen undercover nampak sahaja cool. Namun, bagi saya kerja ini tidak menyeronokkan dan telah menjejaskan masa sosial saya dengan rakan-rakan polis serta keluarga kerana sekiranya saya bergaul dengan mereka, dikhuatiri identiti saya yang sebenar akan terbongkar.

Berdasarkan kenyataan itu, Blossom juga dikatakan kecewa kerana tidak dapat memakai seragam polis sebaliknya ceongsam yang disuruh pakai sepanjang undercover. Walau bagaimanapun, beliau masih anggap tugas polis ini sebagai satu yang menyeronokkan.

Menariknya, penyamaran Blossom yang berbaju cheongsam dikatakan berjaya sehingga pihak komunis pada ketika itu langsung tidak menyedari kehadiran beliau termasuk anggota polis sendiri.

Berjaya menumpaskan kegiatan pelacuran secara undercover

BeFunky-collage (12)

Blossom pernah menjadi pengiring VVIP termasuk adik kepada Presiden Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy. Sumber: World of Buzz

Dipendekkan cerita, empat tahun selepas itu, Blossom diarahkan bertugas di Perak untuk menjaga lima buah balai polis. Pada tahun 1962, beliau berkahwin dan naik pangkat sebagai pegawai penyiasat kongsi gelap di Cawangan Kongsi Gelap, Pejudian dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1966, kegiatan undercover Blossom kelihatan semakin ‘mengganas’ selepas beliau berjaya menumpaskan pelbagai kegiatan haram melibatkan jenayah seks dan pelacuran terutama di kelab malam dan pusat pelacuran.

“Saya masih ingat operasi pada malam itu dalam serbuan beberapa bilik di sebuah kedai Chinese Kopitiam di Jalan Ampang, kelihatan beberapa orang gadis duduk di atas katil dalam bilik di premis itu.

“Saya melawat tempat itu sebagai undercover untuk menumpaskan kegiatan haram itu. Operasi tersebut berjaya dan kami menangkap beberapa orang gadis tempatan di bawah umur dan seorang daripada mereka mengandung ketika itu,” ceritanya lagi.

Berikutan prestasi yang terbaik, Inspektor Jeneral Tun Haniff Omar mengarahkan Blossom untuk mengetuai Cawangan Siasatan Bahagian Keganasan Seksual, Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Domestik di Bukit Aman. Blossom serta pasukannya dikatakan anggota polis pertama yang menggunakan kaedah siasatan jenayah melalui ujian DNA dan mendapat latihan daripada Royal Canadian Mounted Police sebelum bersara pada 1993.

Baca lagi artikel yang ‘trending’ di The Vocket menerusi pautan di bawah.

Sepantas Kilat Lepasi Palang, Ujian RFID Bayar Tol Tanpa Perlu Berhenti Tular

Beri Keterangan Palsu Untuk ‘Berbulan Madu’, Pasangan Instafamous Ini Bakal Dikompaun

Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang

Anda Mungkin Suka