Beberapa tahun lepas mendapatkan telefon pintar dengan harga serendah RM299 sudah pastinya mustahil. Apatah lagi dengan sokongan touchscreen, OS Android dan kapasiti RAM yang memuaskan.

Walaubagaimanapun, trend telefon pintar dilihat berubah selepas China berjaya menjadi antara pengeluar terbesar telefon pintar bukan sahaja untuk pasaran telefon pintar berkos rendah sekaligus turut berjaya membuatkan jenama BLU yang berpengkalan di Florida ini menawarkan harga yang rendah pada telefon pintar keluaran mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda sebuah telefon pintar berkos rendah yang anda boleh dapatkan dengan hanya RM299 iaitu BLU Diamond M.

Rekabentuk

Dari segi rekabentuk berdasarkan pemerhatian pertama kami, boleh kami katakan telefon pintar ini tidak mempunyai sebarang ciri yang unik. Sesuai dengan harganya, penawaran beberapa warna menarik antara yang berjaya ditawarkan syarikat ini.

Skrin yang digunakan pada telefon pintar ini adalah 5.0-inci. Cukup baik untuk dibandingkan bersama beberapa pengeluar telefon pintar yang lain yang berkongsi harga yang sama namun hadir dengan skrin yang lebih kecil.

Spesifikasi

Namun apa yang menarik perhatian kami mengenai telefon pintar ini adalah spesifikasi yang ada padanya. Penggunaan processor 1.3GHz Quad Core dan dibantu oleh RAM 512 MB serta dikuasakan oleh Android 6.0 sudah cukup untuk menjalankan tugas-tugas asas telefon pintar dengan baik pada pendapat kami.

Satu kekurangan yang ketara pada BLU Diamond M ini adalah ruang storannya yang bersaiz 4 GB. Sangat sedikit sekiranya anda bercadang untuk mengisi aplikasi yang banyak. Dalam pada itu, Diamond M turut menyediakan slot Micro-SD membolehkan telefon ini menyokong sehingga 64 GB storan.

Mungkin antara fungsi penting yang diperlukan jika anda menggunakan 2 nombor atau telco berbeza, BLU Diamond M turut dilengkapi slot dwi-sim. Kapasiti bateri 2,200mAh yang pada telefon pintar ini sudah cukup untuk anda menggunakan telefon ini hampir sehari untuk satu pengecasan penuh.

Kamera

Dari segi kamera, BLU Diamond M dilengkapi dengan kamera belakang 5-megapixel dan 2-megapixel di hadapan.

Walaubagaimanapun kualiti yang sempurna bukanlah dijanjikan buat model ini namun sudah cukup baik buat anda yang sekadar mahu mengambil daripada telefon pintar.

Adakah berbaloi untuk dapatkan BLU Diamond M?

Sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon pintar Android berharga rendah yang memfokuskan kepada spesifikasi yang boleh tahan menarik berdasarkan harga yang ditawarkan, ini mungkin telefon pintar yang anda boleh dapatkan ketika ini.

Cukup sekadar untuk memudahkan anda mengakses aplikasi-aplikasi seperti WhatsaApp, Telegram dan Facebook dengan baik dengan penyertaan processor quad-core. Anda boleh dapatkannya di sini.

Lebih sebab untuk anda dapatkan telefon pintar daripada BLU ini kerana anda berpeluang untuk mendapatkan telefon pintar flagship daripada BLU Pure XR bernilai RM1799. Peraduan#BLUxLazadaMY anjuran BLU dan Lazada ini boleh disertai sehingga 25 May 2017.