Sekiranya anda merupakan penggemar kopi, pastinya anda cukup kenal dengan jenama Blue Bottle Coffee yang popular di Amerika Syarikat dan Jepun. Bersempena dengan pembukaan kafe mereka di Kyoto, syarikat ini telah bekerjasama bersama arkitek Schemata untuk membawakan konsep zen yang bersesuaian dengan lokasinya di Jepun.

Dari segi rekaan dalaman, Blue Bottle Coffee Kyoto memilih untuk menggayakan kafe mereka dengan rekaan yang minimalis. Penawaran bangku serta tempat penyediaan kopi yang kemas tanpa sebarang aksesori antara yang boleh disaksikan apabila memasuki sahaja kafe ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tonton gambar dibawah untuk melihat konsep yang dibawakan oleh kafe ini. Sekali pandang tak sangka rumah yang dihiasi dengan moden minamlis berkonsepkan zen ini merupakan sebuah kafe kopi apatah lagi memperlihatkan logonya yang tidak terlalu menonjol berbanding kafe-kafe kopi yang lain.

schemata-architects-blue-bottle-coffee-kyoto-001

schemata-architects-blue-bottle-coffee-kyoto-004

schemata-architects-blue-bottle-coffee-kyoto-005

schemata-architects-blue-bottle-coffee-kyoto-006

schemata-architects-blue-bottle-coffee-kyoto-008

schemata-architects-blue-bottle-coffee-kyoto-010

Baca lagi: Apa Yang Saya Belajar Disebalik Pengambilalihan Blue Bottle Oleh Nestle