Jika sebelum ini anda pernah mengetahui akan kewujudan The Great Blue Hole di Belize, kini negara kita Malaysia juga memiliki Blue Hole. Terbaharu, Blue Hole dijumpai di Darvel Bay yang terletak di Lahad Datu oleh sekumpulan penyelam skuba termasuk penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS).

Untuk pengetahuan anda, mereka menjumpai Blue Hole tersebut ketika sedang dalam Ekspedisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel pada 14 Februari 2019.

Menjadi kelainan pada Blue Hole yang dijumpai, ia hadir dengan dua struktur Blue Hole berbanding Blue Hole lain di dunia yang hanya memiliki satu lubang. Malah, kedalaman lubang tersebut dianggarkan sedalam 15 meter ke dasar laut.

Pastinya dengan penemuan ini akan menarik ramai penyelam tempatan dan luar negara untuk menjelajah tempat ini. Dengan tarikan baharu ini, bukan sahaja menarik pelancong untuk melancong ke negara tetapi pastinya akan membantu perkembangan ekonomi di sana.