Nampaknya model ‘mampu milik’ BMW 1 Series kini bukan hanya untuk pasaran China. Ianya sudah mula dijual di luar China dan Mexico adalah destinasi kedua model BMW 1 Series ini.

Ianya adalah model sedan yang sama dilancarkan Februari yang lalu dan merupakan model front-wheel drive. Dua variasi ditawarkan untuk pasaran mexico dan untuk model entry-level 118iA, ianya ditawarkan pada harga 489,900 Mexican Pesos (RM99,000+-) sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

bmw 1 series 2

Ianya satu harga yang menarik untuk sebuah kereta BMW dengan kapasiti enjin 1.5L. Model kedua 120iA Sedan Sport Line dengan enjin 2.0L turbocharged pula dijual pada harga 569,900 Mexican Pesos (RM114,085+-).

Jika model ini bukan lagi eksklusif untuk pasaran China, mungkinkah ianya akan dilancarkan ke negara-negara lain seperti Malaysia?

Jika harga yang ditawarkan sama iaitu RM99,000 untuk model ini di Malaysia, pasti ianya akan memberi saingan kepada model dengan harga yang hampir sama terutamanya kereta jenama Jepun. Tetapi agak mustahil untuk model ini dibawah Rm100,000 jika ianya masuk ke pasaran Malaysia.

Sumber